4 NOVEMBER yang lepas, result exam sem 5 telah di umumkan.. TAHNIAH pada yang berjaya dengan cemerlang terutamanya warga MEDICAL IMAGING BATCH 14.. korang memang HEBAT.. yang tak bernasib baik, masih ada lagi peluang sem depan.. teruskan berusaha dan mencuba yang terbaik..
SAYA??
hmmm.. x tahu nak cakap macam mana result exam kali ni... SUKA @ DUKA.. 2 dalam 1 kot.. ada yang suka, ada yang duka.. nak bagitahu yang suka dulu ke yang duka dulu? biasa orang akan bagitahu yang duka dulu br yg suka kan? tapi saya nak bagitahu yang suka dulu baru duka.. huhu
APA YANG SAYA SUKA TENTANG RESULT EXAM KALI NI??
ALHAMDULILLAH, saya sangat bersyukur dengan result exam kali ni.. ini lah saya pencapaian yang terbaik sepanjang belajar course Medical Imaging.. saya sendiri pun tak pernah berharap dan mimpi untuk mendapat seperti itu..
TERIMA KASIH ALLAH kerana mempermudahkannya jalan bagiku walau penuh dengan kepayahan, dugaan dan cabaran... TERIMA KASIH LECTURER sebab telah mengajar dan mendidik saya.. TERIMA KASIH IBU kerana telah memberi semangat dan wang ringgit untuk belajar.. TERIMA KASIH KAWAN kerana telah mengajar aku dan dalam diam memberi inspirasi kepada ku setiap kali melihat anda semua tekun belajar.. TERIMA KASIH KEPADA................... hmmmm...
APA YANG SAYA DUKA TENTANG RESULT EXAM KALI NI??
TERIMA KASIH INSAN yang amat aku sayangi selama ni.. kerana kau la aku berduka dalam suka.. Aku terkilan kerana aku hanya mampu memenuhi impianmu saat kau telah pergi jauh dariku menemui PENCIPTA KITA.. setiap kali aku dapat result, aku telah menghamparkan mu kerana harapan mu terlalu tinggi buat aku pelajar yang tak pandai..4 sem aku cuba memenuhi impianmu tapi kali ini baru aku berhasil memenuhi impian mu saat kau telah tiada..tak sampai sebulan.. kau la yang selalu memberi aku semangat, kata2, marah, perli, puji, harapan untuk membuatkan aku semangat untuk belajar..
TERIMA KASIH ALLAH sebab telah meminjamkan dirinya buatku walau seketika.. TERIMA KASIH INSAN yang ku sayangi kerana semangatmu aku berjaya.. maafkan aku kerana tak dapat menunaikan impianmu saat kau masih ada.. aku telah mencuba namun tak mampu..
DOA ku akan sentiasa bersama mu dimana pun kau berada.. SEMANGATmu akan tetap bersamaku... TERIMA KASIH untuk segala-galanya...
No comments:
Post a Comment