Kehadiran mu dalam hidup ini membuat seribu erti bagi diri ku yang sepi, abang telah membawa sinar sinar ceria dalam hidup sayang... Hidup ini memang terasa sepi tanpa abang di sisi.... Gelak ketawa abang, senyum manis abang sering kali menghidupkan hatiku yang sunyi apalagi ketika ku berduka.... Abang telah banyak mengajar sayang erti hidup sendiri, hidup di zaman yang serba moden yang penuh dengan ranjau berduri.... Maafkan sayang kerana sayang terpaksa mungkir janji kita untuk sehidup semati... Bahtera hidup sayang yang penuh dengan ombak badai memaksa sayang untuk pergi meninggalkan abang setelah sekian lama kita bersama mengharungi kehidupan muda kita sebagai sepasang kekasih.... Ketahuilah abang bahawa sayang bukan berniat untuk berbuat demikian tetapi keadaan yang memaksa sayang untuk pergi jauh dari sini...... Sayang berharap walaupun tanpa kehadiran sayang disisi abang, abang dapat meneruskan hidup abang seperti sedia kala... Carilah pengganti diri sayang untuk mengubat luka dihati abang.... Moga - moga abang mendapat seorang pengganti yang lebih baik dari sayang.... Cukuplah sekadar yang abang ketahui, sayang sangat menyayangi abang... Mohon maaf kerana sayang tak boleh memberitahu hal yang sebenar pada abang... Jika takdir kita bertemu dan umur kita masih panjang, insyaAllah segala-galanya akan abang ketahui... Doa sayang semoga abang bahagia di samping yang tersayang.........
Yang mencintaimu,,,
Umairah zafirah
Zafrul Idham lantas bangun mencapai telefon bimbitnya... segera dia mendail nombor kekasihnya itu... 0133333333...
“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, terima kasih” beberapa kali dia mencuba tetapi jawapan yang sama diterimanya. Berderai air matanya jatuh menghilangkan sifat kelakiannya.
“Ya Allah, kenapa sayang pergi meninggalkan abang? Apa salah abang pada sayang? Tak cukupkah kasih sayang abang pada sayang?” Bertubi tubi soalan yang Idham tanya pada dirinya yang tidak menemui jawapannya. Baru semalam dia dan kekasihnya itu bertemu dan bermesra langsung tidak menyangka akan berlaku perpisahan seperti hari ini. Hari ini orang yang di sayanginya telah pergi meninggalkan dirinya.
Surat itu telah diberikan sendiri oleh Umairah Zafirah kepada Idham sewaktu mereka bertemu semalam. Surat itu telah dibungkus bersama hadiah. “Patutlah Irah tidak membenarkan Am untuk membuka hadiah itu semalam...”
‘’Ini ada hadiah untuk abang.” Irah menghulurkan kotak yang berbalut kepada Idham.
“Hadiah apa ni sayang,?boleh Am buka sekarang?” Tanya Idham sambil membelek-belek hadiah itu. Nak di kata hadiah hari jadi, hari jadinya lambat lagi.
“Tak payah lah abang, esok abang buka lah hadiah ni....” Irah buat muka merajuk. Dalam hatinya dia tidak mahu Idham membuka hadiah itu sekarang.
“Hmm, ye la sayang abang... Nanti kalau abang buka sekarang ada pula orang yang merajuk nanti...” balas Idham menyindir Irah yang sememangnya suka merajuk apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Idham terus menyalin pakaiannya. Segera dia menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya yang baru dibelinya beberapa bulan lepas hasil titik peluhnya bekerja. Dia perlu segera menemui kekasihnya itu. Soalan-soalan tadi masih berlegar di fikirannya. Dia perlu mengetahui jawapan dari mulut kekasih hatinya itu. Sedar tak sedar, dia telah sampai di hadapan rumah Irah.
“Ding dong, ding dong....” loceng rumah kekasihnya berbunyi apabila Idham menekannya berkali- kali. Seorang perempuan tua berjalan menghampiri pagar yang tertutup. Idham lantas bertanyakan soalan kepada perempuan tua itu.
“Mak cik, Irah ada kat umah tak? Boleh saya menemui dia...” Tanya Idham.
“Maaf nak,,, cik Irah tak tinggal di sini lagi.... Dia telah menjualkan rumah ini pada mak cik.. Mak cik tinggal kat sini sejak minggu lepas lagi...” jelas mak cik tua itu dengan panjang lebar tanpa perlu ditanya.
“Mak cik tahu cik Irah pindah ke mana?” soal Idham lagi.
“Errr, mak cik tak tahu lah nak, mak cik tak pernah tanya cik Irah”
“ Tak apa lah mak cik..Saya minta diri dulu.. Terima kasih.. Assalamualaikum...” ucap Idham.
Idham terus berlalu. Sampai hati sayang meninggalkan abang tanpa memberitahu abang. Padahal mereka tidak pernah bergaduh. Segala permintaan Irah, pasti Idham penuhi namun ini yang di balasnya.
“ Patutlah sayang tak mahu abang menghantar sayang pulang ke rumah semalam rupanya sayang telah berpindah tanpa pengetahuan abang....” desus hati Idham. Sikap Irah yang kebelakangan ini kurang ceria seperti biasa merupakan petanda Irah meninggalkan Idham. Seharian dia mencari Irah, namun tidak menemui kekasihnya itu.
Idham menghubungi semua kawan rapat Irah tetapi tidak ada seorang pun yang tahu di mana keberadaan Irah. “Idham begitu hampa. Kemana lagi aku harus mencarimu sayang?” rintah Idham perlahan-lahan. Air matanya telah kering menangisi pemergian Irah yang entah ke mana. Hidupnya tidak ada ertinya tanpa Irah disisi.
Merasakan hidupnya yang tidak berguna tanpa Irah di sisi membuatkan Idham bertekad untuk membunuh diri. Dia ingin menggantungkan dirinya sendiri daripada hidup merana tanpa Irah di sisi. Dia mengambil tali dan membuat bulatan kecil di hujung tali yang boleh memuatkan kepalanya. Idham segera mengantungkan hujung tali yang berikutnya di salah satu palang yang tinggi di rumahnya. Di bawahnya dia meletakkan sebuah kerusi.
Lama juga dia termenung dengan perbuatan nekadnya itu. Tiba tiba dia naik berdiri di atas kerusi dan menjeruk lehernya dengan tali yang di buat bulatan itu. Dia termenung lagi sambil air matanya mengalir jatuh membasahi lantai.
“Hoi, apa yang kau buat ni Am!!!” suara kasar lelaki dari arah belakang membuatkan Idham tersentak.
Kakinya tergelincir jatuh membuatkan Idham terjatuh dari kerusi dan lehernya terjerut tali. Idham terkulai lemah dengan jerutan kuat tali di lehernya. Lelaki tadi segera mengangkat Idham ke atas kerusi dan segera membuka jerutan tali di leher. Idham bernafas kencang sekali.
“Apa yang kau cuba buat ni? Kau dah gila ke? Kau tahu tak yang perbuatan kau tu salah? Kau fikir bila kau mati nanti semua masalah kau selesai?” bentak lelaki tadi bertubi-tubi.
Idham terdiam tidak mampu berkata apa –apa. Dia memandang ke lantai. Hanya air matanya yang mengalir sejak dari tadi. Dia juga terkejut. Lehernya masih lagi berdenyut sakit akibat jerutan tali yang ketat.
Lelaki tadi itu ialah Azfir Ikhwan, teman serumah Idham. Mereka telah kenal sejak di bangku sekolah rendah lagi dan berkawan baik. Mereka tidak pernah berpisah atau berjauhan antara satu sama lain. Sekolah rendah, menegah sampai ke universiti sama -sama, hanya tempat kerja sahaja yang berlainan namun tetap tinggal serumah. Segala masalah di kongsi bersama.
“Hidup aku ni dah tak da gunanya lagi... Aku tak kan dapat melupakan dia.. Aku amat menyayangi dia” rintih Idham dengan suaranya yang sebak, sekali timbul sekali tenggelam.
“Tapi ini bukan jalan penyelesaiannya.. Kau belum mengetahui kenapa Irah pergi meninggalkan kau.. Mungkin dia ada masalah yang tak mahu di ketahui oleh sesiapa pun.. Bukannya kau tak kenal Irah tu, dia bukannya orang yang suka menyakiti hati orang lain apalagi orang yang di sayanginya.. Kalau Irah tahu apa yang kau cuba buat ini, mesti dia rasa sedih.. Kau tak fikir ke semua tu? Mak adik kau kat kampung tu susah, sapa yang nak tanggung mereka kalau kau tak da?” Fir begitu marah dengan tindakan bodoh kawannya itu.
“Aku tak mampu hidup tanpa dia,, aku terlalu sayangkan dia....” Suaranya sebak.
“Aku ada.. Aku sentiasa bersama kau, aku akan tolong kau cari Irah sampai jumpa, aku janji...” Fir menenangkan Idham.
“Aku dah cari tapi tak jumpa... Semua kawan-kawannya aku dah tanya tapi mereka tak tahu ke mana Irah pergi.. Seluruh tempat yang Irah selalu pergi, aku dah pergi tapi langsung aku tak nampak dia..Dia juga sudah berenti kerja dua hari yang lepas... Kemana lagi aku nak cari dia? Dia tak pernah pun menghilangkan diri macam ni..” Rintih Idham dengan sayu.
“ Irah tak kan pergi jauh.. Aku yakin.. Kau pun tahu Irah tak dah sapa-sapa dalam di dunia ini selain kau.. Mak ayah dia kan dah lama meninggal.. Kau kena banyak bersabar.. Kau kena banyak berdoa... Insyaallah kalau kau betul-betul sayangkan Irah, pasti kau akan bertemu dengan dia.. Allah tak kan menghampakan hambanya ” Fir menasihati Idham.
Idham terdiam tanpa berkata sepatah pun. Dia mengakui kebenaran kata-kata kawan baiknya itu. Irah memang tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini selain dirinya. Dahulu pun, Irah tinggal di rumah anak-anak yatim. Ibu bapanya meninggal dunia semasa dia berumur 7 tahun akibat kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari bercuti. Hanya Irah saja yang terselamat dalam kemalangan itu. Kerana dirinya yang tidak mahu di jaga oleh saudara maranya, dia di hantar ke sana. Di situ lah dia di besarkan dan di situ lah juga Idham bertemu dengan Irah sewaktu dia pergi untuk menyampaikan derma kepada penghuni di situ. Idham lah yang telah mengajar Irah hidup berdikari. Walaupun jarak usia Irah dan Idham agak jauh itu Irah 5 tahun lebih muda dari Idham tidak menjadi penghalang untuk mereka bercinta.
Idham tergesa-gesa bangun mengambil kunci keretanya. Dia ingin keluar mencari Irah lagi. Masih ada satu tempat yang biasa Irah pergi, tetapi Idham belum pergi mencarinya di sana.
“ Kau nak ke mana lagi” soal Fir setelah melihat Idham memegang kunci keretanya.
“ Aku nak pergi cari Irah, di rumah anak yatim yang Irah tinggal dahulu tu...” jawab Idham.
“Kalau macam tu, aku hantar kau ke sana.. Kita sama -sama cari dia di sana....” Fir ingin mengikuti Idham. Dia memang amat menyayangi sahabatnya itu. Tambah pula, dia bimbang jikalau Idham bertindak diluar dugaan lagi.
Fir mengambil kunci kereta dari tangan Idham. Fir menghidupkan enjin kereta. Fir memandu kereta itu keluar dari kawasan rumah yang mereka tinggal di Bukit Antarabangsa. Kereta yang dipandu Fir meluncur laju di jalanan. Suasana sunyi menyelubungi mereka semasa di jalanan. Tidak ada sebarang kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Akhirnya mereka sampai ke perkarangan rumah anak yatim Taman Permata Hati. Fir mematikan enjin kereta.
“Assalamualaikum” Idham mengetuk pintu bilik pengetua rumah anak yatim itu.
“Waalaikummussalam, masuk lah...” suara orang dari dalam bilik kedengaran menjawab salam. Idham membuka pintu dan melangkah masuk.
“oo,, encik Idham, encik Azfir, duduk lah....” pengetua mempelawa mereka duduk.
“ Sebenarnya,, kedatangan kami ke sini mencari cik Umairah Zafirah, ada tak cik Irah datang ke sini, puan Shaza? Tanya Idham sambil memberitahu tujuannya ke sana.
“Err, cik Irah ada datang ke sini semalam tapi sekejap saja. Dia ada datang menemui saya dan menyerahkan sedikit derma untuk rumah anak yatim ini. Tapi saya lihat dia nampak macam sedih, macam ada sesuatu yang berlaku. Saya tanya tapi dia tak menjawab. Dia pun tergesa gesa pergi....” jelas puan Syaza, pengetua di rumah kebajikan itu.
“Dia ada bagitahu puan kemana dia nak pergi?...” Idham bertanya lagi.
“Err, saya tak tanya dia plak.. Saya ingatkan dia balik rumah dia lah...Hmmm, apa sebenarnya yang telah berlaku, encik Idham?” Puan Syaza kehairanan.
“Hmm... saya sekarang sedang mencari dia.. Semua tempat saya sudah pergi mencarinya tapi tak jumpa.. Nombor telefonnya pun dia tamatkan taliannya... Dia ada meninggalkan surat kepada saya semalam.. Dalam surat tu, dia bagitahu nak pergi jauh... Saya bimbang dengan keadaan dia sakarang..” Jelas Idham seakan akan menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Mungkin dia pulang ke kampungnya tak? Mungkin dia ada hal kat sana..” duga puan syaza.
“Tak mungkin lah puan.. Dia bukannya ada sapa-sapa kat sana.. Puan pun tahukan dia di hantar ke rumah anak yatim ini sebab tak mahu di jaga oleh saudara maranya, buat apa di nak pergi ke sana...”
“ Apa kata kita cuba mencarinya di sana.. Mana lah tahu apa yang di katakan puan Syaza tu ada betulnya.. Tak salah kita mencuba” Fir mula mengikuti perbualan Idham dan puan Syaza setelah lama mendiamkan diri.
“Betul apa yang di katakan encik Azfir tu” balas puan Syaza sambil mencari alamat saudara mara Irah. Dia kemudiannya menyalin dan memberikan alamat itu kepada Idham.
“Terima kasih puan.. Kalau cik Irah ada datang ke mari, tolong bagitahu saya ye...” Mereka bangun dan berlalu pergi. Mereka berdua menuju ke tempat letak kereta.
“Fir, jom kita ke kampung Irah sekarang” ajak Idham.
“Kita pergi esok saja lah.. Hari pun dah nak malam.. Kalau kita pergi sekarang, mungkin malam baru kita sampai kat sana, susah pulak nanti nak cari tempat tidur... Kampung dia pun jauh.. Esok pagi-pagi kita bertolak lah ke sana.. Boleh cari lama-lama sikit” Fir memujuk Idham lagi.
“Hmmm.. iya lah...” Idham mengalah.
Malam itu Idham tidak dapat tidur lena. Fikirannya hanya tertumpu kepada Irah. Dia tidak tahu lagi ke mana harus mencari kekasihnya itu kalau dia tak menjumpai Irah di kampungnya. Dia berdoa agar Irah ada di sana walaupun hatinya tidak berkata begitu. Malam itu terasa panjang baginya. Dia tidak sabar menunggu waktu pagi. Dia harus segera mencari Irah sebelum Irah pergi lebih jauh.
Azan subuh kedengaran berkumandang. Idham bangun dan terus menuju ke bilik air. Dia membersihkan dirinya dan berwuduk. Selesai saja dia mandi, dia mengejutkan Fir yang masih tidur di bilik sebelah. Fir terkejut dengan kehadiran Idham di sisinya.
“Awalnya kau bangun.. Sekarang baru pukul 6 pagi.. Masih awal lagi ni..” Fir merungut sambil mengeliatkan badannya.
“Kau bangun lah cepat.. Kau kata nak temankan aku pergi ke kampung Irah. Kalau kau tak nak pergi, tak apa lah, aku pergi sorang -sorang...”bagitahu Idham. Dalam hatinya sudah tidak sabar lagi untuk pergi mencari Irah.
“ ye lah.. ye lah.. Aku bangun sekarang.. Kau tunggu lah sekejap.. Aku nak pergi mandi dulu” Fir akur dengan kawannya itu.
Idham berlalu meninggalkan bilik kawannya. Dia hendak menunaikan solat subuh. Setelah selesai berdoa, dia bangun menuju ke ruang tamu. Dia duduk di situ menunggu Fir bersiap. Fikirannya masih lagi menerawang memikirkan Irah.
“Kau tak nak sarapan dahulu ke? Masih awal lagi ni.. Kalau ye pun kau tak sabar nak jumpa Irah, makan lah dulu..Kalau kau sakit nanti sapa yang susah? Aku juga yang susah tau.. Kau tu dah lah kurus, kalau kau tak makan nanti tinggal tulang pula....” Fir cuba membuat lawak kecil.
“Aku tak ada selera nak makan.. Nanti kalau aku lapar kita berhentilah makan.. Jom lah pergi sekarang” ajak Idham. Tiada langsung senyuman yang terukir di bibirnya.
Fir akur dengan permintaan Idham. Dia faham benar dengan perangai dan sikap Idham. Dia tidak mahu menyakiti hati sahabat baiknya itu. Fir mengekori Idham sampai ke kereta. Fir menghidupkan enjin kereta dan memandu kereta itu.
Kampung Irah yang terletak di Pahang itu memang jauh dari rumah mereka di Bukit Antarabangsa yang terletak di Selangor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang tiga jam itu memang terasa jauh bagi Idham. Idham ingin segera sampai ke sana.
“ Kau bawa kereta ni cepat lah sikit... Aku dah tak sabar nak jumpa Irah.. Biar aku sajalah pandu kereta ni...” rayu Idham.
“ Kalau ye pun kau dah tak sabar nak jumpa Irah, biar lah aku yang pandu kereta ni... Dalam pukul 10 nanti kita sampai lah kat sana.. Kau tu bukannya sihat sangat sekarang.. Apa-apa jadi nanti lagi susah...” tegas Fir. Kadang-kadang apa yang Idham cakap tak boleh di ikutkan sangat.
“Err...kau rasa Irah ada tak kat sana?” Idham tiba-tiba menanyakan soalan itu kepada Fir.
“ Aku pun tak tahu lah Am.. apa- apa pun kita cuba dulu ke sana.. Tapi kalau dia tak da di sana, jangan pula kau buat hal semalam lagi.. aku tak suka kau buat macam tu..” Fir memandang Idham.
Idham hanya mendiamkan diri. Dia mengakui kebodohan tindakannya semalam. Kalau Fir tidak pulang tepat pada masanya semalam, mungkin hari ini jenazahnya telah di kebumikan. Idham amat menyesal akan tindakannya itu. Idham telah berjanji pada dirinya sendiri, jika apa pun yang bakal terjadi nanti, dia tidak akan bertindak seperti semalam lagi.
“Am, aku rasa kita ni dah nak sampai ke kampungnya Irah.. Tapi aku tak pasti arah mana kampungnya.. Aku rasa baik kita tanya saja pada pak cik yang ada kat warung sana....” Fir berkata sambil menunding jari ke sebuah warung yang terletak di pinggir jalan.
“Assalamualaikum pak cik, saya nak tumpang tanya, kampung Gong Pasir arah mana?” Tanya Idham kepada pak cik di warung itu.
“oo.. Ni lah kampung Gong pasir, anak ni bukan orang sini kan? Anak nak cari sapa?” pak cik itu bertanyanya kembali.
“Saya nak cari Pak cik Ahmad.. Katanya dia tinggal di kampung ini.. Pak cik tahu mana rumah dia? ” Idham menjelaskan tujuan nya ke sana.
“Oo..Pak cik Ahmad, rumahnya di hujung kampung sebelah masjid. Kalau tak silap pak cik, rumahnya berwarna kuning....”
“ Terima kasih pak cik, saya pergi dulu....” Idham mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi.
Setelah Idham menerangkan kepada Fir, Fir mula memandu kereta ke tempat yang hendak di tujunya. Baru lima minit memandu, akhirnya mereka telah sampai di sebuah rumah di sebelah masjid.
“Aku rasa ini rumahnya Pak cik Irah.. jom lah kita turun...” Fir mengajak Idham turun.
“Assalamualaikum..” Idham memberikan salam. Rumah kampung tidak mempunyai lonceng untuk di tekan seperti di Bandar. Orang yang datang berkunjung ke sesebuah rumah perlu memberi salam agar tuan rumah mengetahui kehadiran tetamu.
“Waalaikummussalam..” Seorang pak cik tua menjawab salam. Dia bingkas bangun menuju ke pintu rumahnya untuk melihat siapa yang datang.
“Hmm, maaf kalau kami mengganggu, pak cik ni pak cik Ahmad ke?” Tanya Idham dengan sopan.
“Ye, saya.. ada apa hal datang ke mari?” pak cik Ahmad bertanya tanpa mempelawa kedua-dua tetamunya itu masuk.
“Saya datang dari kuala lumpur. Saya mencari anak saudara pak cik yang bernama Umairah Zafirah..saya mendapat alamat pak cik dari rumah anak-anak....”
“Tak payah lah kamu datang sini nak cari dia, aku tak pernah ambil tahu pasal dia.. Kau balik aja lah, dia tak da kat sini...”pak cik Irah terus menyampuk kata-kata yang belum sempat di habiskan Idham dengan perasaan marah. Dia sememangnya pantang sekali mendengar nama anak saudaranya itu.
“Oo, ye ke? Sekarang ni dia menghilangkan diri dan tak tahu di mana dia berada..” Idham berkata-kata lagi walaupun dia berasa marah dengan tindakan pak cik itu.
“Ikut suka hati dia lah nak mati ke apa ke, aku tak nak ambil peduli!!” Pak Cik Irah semakin marah.
“Kau ni pak cik jenis apa hah? Langsung tak da hati perasaan....” Idham tiba-tiba menengking pak cik Irah. Kesabarannya hilang apabila melihat keangkuhan pak cik Ahmad.
“Sabar Idham.. Tak apa lah macam tu pak cik, kami minta diri dulu.. Maaf mengganggu...” Fir meminta diri sambil menarik tangan Idham dan mereka terus berlalu menuju ke kereta. Bimbang kalau perkara yang tidak di ingini berlaku.
“Menyampah betul lah aku dengan pak cik Irah tu..Patut sajalah dia hantar Irah ke rumah anak-anak yatim.. Tak pernah aku jumpa lagi orang tua yang macam tu.. Kalau aku tahu macam ni, aku tak kan pergi cari Irah kat sini..” Idham meluahkan perasaan marahnya kepada Fir. Dia menggumpal-gumpal tangannya sambil menumbuk-numbuk kecil.
“Kalau dia macam tu pun, kau bersabar la sikit, jangan pulak kau naik angin.. Ni kan kampung dia, kalau kita buat hal, tak pasal-pasal pula nanti masalah lain yang timbul...”Fir menasihatkan kawannya itu. Idham sememangnya pemuda yang cepat panas baran namun hatinya lembut.
Air mata Idham mula mengalir lagi apabila mengenangkan Irah. Idham sudah tidak segan silu lagi menangis di depan sahabatnya itu. Dia tahu, Fir sudah lali dengan perangainya apabila dia ditimpa masalah. Hatinya mudah tersentuh.
“Idham, tak payah la kau nak menangis lagi... Da macam perempuan aku tengok kau ni... Dari semalam tidak henti-henti menangis... Tak sangka aku, sepanas-panas baran kau, dalam hati masih ada taman bunga... Mata kau tu da macam mata beruang panda...” Fir bersuara apabila melihat Idham menangis lagi lalu di gosok-gosoknya belakang Idham.
Idham tersenyum sipu bila mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Senyum macam tu kan elok... Sejuk mata aku tengok walaupun mataku panas nak tidur lagi...” Fir mula membuat lawak apabila melihat Idham mula tersenyum. Fir sememangnya seorang yang lawak namun tegas orangnya. Orang yang tidak mengenalinya tidak berani untuk bergurau dengannya.
“Iya la kau.. Terima kasih sebab kau dah bersusah payah tolong aku mencari Irah.. Kau tidak bekerja ke ari ni?” Idham mula menyoal Fir. Nada suara nya kembali seperti biasa.
“Baru sekarang kau nak tanya aku bekerja tidak hari ni.. Baik punya kawan...” Fir menyindir Idham.
“Aku minta maaf sebab banyak menyusahkan kau...” Perasaan bersalah menyelubungi diri Idham. Idham tahu dia telah banyak menyusahkan sahabatnya itu.
“Aku bergurau sajalah. Kita kan dah berkawan sejak kecil lagi... Kau la sahabatku dunia akhirat...Kalau bukan aku yang tolong sapa lagi nak tolong... Hari ni aku ambil cuti..” Fir senyum melihat telatah Idham yang serba salah itu. Akhirnya mereka ketawa.
**********************************************************************************
Telah genap 5 tahun kehilangan Irah. Sudah puas Idham mencari Irah. Sehingga kini tidak dia temui. Memori dia bersama Irah tidak pernah di lupakannya walaupun telah sekian lama berlalu.
“Sayang suka dengan suasana pantai.. Ombaknya membuatkan sayang rasa tenang sangat..” Irah meluahkan perasaannya sewaktu mereka berjumpa di pantai lima tahun yang lalu.
“Abis tu abang tak wat sayang tenang ke?” Idham merajuk manja.
“Alaa abang ni,, tu pun nak merajuk juga ke? Jangan la merajuk abang...”
“Mesti la abang merajuk.. Kalau macam tu sayang kahwin lah dengan pantai...” Idham merajuk lagi.
“Abang ni,, abang segala-galanye bagi sayang... Jangan lah macam tu.. Sayang tak kan tinggalkan abang... Percaya lah...” Irah memujuk Idham. Di peluknya Idham seerat-eratnya.
“ Ishh.. Tak malunya sayang peluk abang...Tu orang tengok tu...” Idham menunding jarinya kea rah sekumpulan pemuda yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka.
“Yela yela.. Sayang tak peluk abang dah...” Giliran Irah pula merajuk.
“ Alololo.. Manjanya sayang abang... Jangan la merajuk sayang abang yang comel ni.. Makin merajuk, makin lawa sayang abang ni...” Idham memeluk erat kekasihnya itu. Sungguh. Memang dia amat sayang akan Irah.
“Tapi kenapa sayang tinggalkan abang sayang?? Kenapa?? Mana janji sayang pada abang??” Idham bermonolog dalam hati.
“Hoi!!”
Idham terkejut dari lamunannya. Serta-merta semua ingatan kenangannya bersama Irah hilang terbang entah ke mana.
“Kau ni tak reti bagi salam dulu ke? Kalau aku ni ada sakit jantung, boleh mati aku.. Tak sempat aku nak kahwin....” Idham mengeluh panjang. Lemah jantung dia dibuat sahabatnya itu.
“Ada hati juga kau nak kahwin..” Fir ketawa terbahak- bahak.
“Kau ingat aku ni tak da nafsu ke nak kahwin.. Aku nak anak,, nak keluarga aku sendiri.. Tu mak aku tu tak sabar-sabar nak cucu.. Sakit telinga aku mendengarnya..” Idham mula melalut.
“Kau nak kahwin dengan sapa.. Semua pempuan yang nak dekat dengan kau, kau tolak.. Aku ingat kau tak nak kahwin dah sampai bila-bila.. Jangan pula kau cakap kau nak kahwin dengan aku...” Fir mula ketawa lagi.
“Ishh kau ni.. Tak ada nafsu aku dengan kau tu.. Aku masih normal lagi tau.. Masih gagah,, masih perkasa lagi.. Ok lah, aku nak msuk bilik,, malas aku nak layan kau..” Idham bangun menuju ke biliknya. Geram betul dia dengan usikkan Azfir.
Idham akui kata-kata Fir. Sejak peristiwa Irah meninggalkan Idham, sejak itu la hatinya telah tertutup untuk menerima mana-mana perempuan dalam hidupnya. Maklumlah, Irah tu ada lah cinta pertamanya. Susah untuk dia lupakan. Idham lebih bersikap dingin dengan mana-mana pempuan yang ingin mendekatinya. Fir pula akan melangsungkan perkhawinan dengan Aina Fatihah, tunangnya tidak lama lagi. Hanya dia sahaja yang belum tahu. Setelah dia mengerjakan solat asar, dia berlalu keluar menuju ruang tamu. Hasrat dihatinya ingin menonton televisyen.
“Fir, aku rasa nak balik kampung lah. Terasa lama sudah aku tak balik ni.. Rindu pula kat mak aku. Kau nak balik kampung tak?”
“Hmm.. Aku tak boleh baliklah.. Aku ada banyak kerja.. Minggu depan nak kena outstation kat Penang.. Kau kirim salam lah kat family aku ngan kau.. Tolong tengok kan mak dan adik-adik aku sekali”
“Ok.. Kalau macam tu aku nak kemaskan barang aku sekarang.. Nanti lewat pula sampai sana..”
“Kau nak balik sekarang?”
“Ye lah.. Esokkan dah cuti.. Nanti boleh lah lama sikit aku kat kampung”
“Suka hati kau la.. Apa-apa pun hati-hati la memandu tu..Jangan bawa kereta tu laju sangat.. Kau tu kalau da bawa kereta,macam nak masuk formula 1”
“iya la.. Aku tahu.. Nanti aku bawa kereta slow slow..Ok la,, aku balik dulu, nanti lambat pula sampai kat kampung....”
Dalam perjalanan pulang Idham melayan perasaannya. Hidup di kota semamangnya banyak cabaran dan dugaan. Lebih-lebih lagi bila bersendirian. Jauh dari keluarga. Mujurlah ada kawan baik yang sanggup bersamanya ketika susah dan senang. Perjalanan pulang ke kampung amat jauh terasa baginya. Apatah lagi tiada teman untuk berbual. Teringat sewaktu kecil-kecil dulu yang dia seorang yang nakal dan suka memanjat pokok-pokok di kebun untuk mengambil buah rambutan tanpa izin. mengambil??? Mencuri lah tu. Penat arwah ayahnya memarahinya namun tidak diendahkan. Yang paling teruk dia lakukan ialah mencuri basikal Pak Mat dan mengunakannya bersiar- siar di sekeliling kampung, tapi tidak di pulangkan semula kepada Pak Mat. Malah di humbannya ke dalam sungai agar perbuatannya tidak di ketahui. Namun setelah ayahnya pulang dan mendesaknya memberitahu perkara sebenar, akhirnya dia mengaku yang dia mencuri basikal Pak Mat. Berbalam- balam badannya di pukul ayahnya. Seminggu Pak Mat ke kebun berjalan kaki sebelum ayahnya menggantikan basikal baru kepada Pak Mat dan seminggu itu juga dia tidak ke sekolah akibat deman selepas di pukul teruk oleh ayahnya. Kalau bilik disiplin tu dah jadi rumah nombor dua baginya di zaman sekolah. Asyik nama nya saja yang di panggil.. Idham,, Idham,, Idham.. Namun tiada siapa yang menyangka, budak yang sangat nakal di zaman kecilnya kini menjadi seorang yang berjaya dan menjawat jawatan yang tinggi di syarikat terbesar di Malaysia.
Setelah melalui perjalanan yang jauh seorang diri, setelah tiga jam perjalanan, akhirnya dia sampai ke rumahnya. Rumah usang peninggalan arwah ayahnya di diami oleh ibunya dan tiga orang lagi adik nya. Seorang telah bekerja dan dua lagi masih bersekolah. Rakan-rakan sekerjanya menyangka Idham adalah anak dari keluarga berada yang tinggal di Bandar besar dan hidup mewah sedari kecil. Dengan penampilan dirinya yang segak dan kemas bergaya yang menjadi kegilaan ramai gadis di tempat kerjanya. Tiada siapa rakannya yang menyangka di sinilah dia dilahirkan dan di besarkan. Anak dari ibu tunggal yang hanya menorah getah untuk menampung keperluan dia semasa di universiti dan adik-adiknya setelah arwah ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah hati ketika Idham baru menginjak langkah ke menara gading.
“ Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Buka pintu ni....” Idham memanggil ibunya namun di buat -buat suara orang lain.
“Walaikummussalam.. Siapa ni malam hari datang?? Ada apa..” Emaknya bertanya dari dalam rumah tanpa membuka pintu. Dia bimbang jikalau itu adalah penjahat. Ditambah pula kejadian merompak di kampung itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Buka lah pintu ni,, baru tahu siapa yang datang....” Idham masih tidak memberitahu yang dia balik. Ingin membuat kejutan pada ibunya.
“Kalau tak nak bagitahu,, mak cik tak mahu buka pintu..”Ibunya bertegas dari dalam sambil menyuruh anaknya iaitu adik Idham untuk menjenguk dari tingkap siapa yang datang.
“Mak, abg Idham balik mak...” Adiknya menjerit riang sebaik melihat kelibat abangnya di luar rumah. Emaknya lantas membuka pintu rumah.
“Eh budak ni,, balik tak bagitahu...Tup tup ada depan rumah...” Emaknya meleter Idham sambil Idham menyalami ibunya.
“Saja je mak,, Am nak buat kejutan kat mak..” Idham menjawab sambil tersenyum.
“Mak dengan abang tak nak masuk dalam rumah ke??” Adiknya tiba tiba bersuara..Sedari tadi maknya sibuk bertanyakan Idham itu dan ini. Mungkin emaknya terlupa agaknya yang mereka masih lagi diluar rumah. Apa tidaknya berbulan lamanya anaknya itu tidak pulang.
“Eh,,mak lupa pula...Jomlah masuk dalam rumah.. Adam,, tolong buatkan abang air” ibunya menyuruh adiknya membuat adik.
“Iya lah mak” Adiknya, Adam Idzam hanya menuruti arahan ibunya tanpa sebarang bantahan.
Setelah mereka berbual berjam-jam lama di ruang tamu, Idham yang telah tersangat penat dan mengantuk meminta izin ibunya untuk masuk tidur. Jika di layan pertanyaan ibunya itu, mungkin subuh besok pun belum habis berbual. Semua perkara tentang dirinya ibunya tanya. Mengalahkan inspektor polis menyoal siasat penjenayah. Bukan tidak mahu berbual dengan ibunya, tetapi dirinya yang sangat mengantuk memaksanya untuk tidur. Lagipun bukannya esok dia pulang ke bandar, masih ada beberapa hari lagi di sini. Masih banyak masa untuk dia berbual dengan ibunya.
****************************************************************************
Awal-awal pagi lagi dia telah bangun dari tidur. Disegerakan solat subuh dan terus ke luar rumah untuk menikmati bayu pagi. Telah sekian lama dia tidak dapat merasa seperti itu setelah dia merantau ke bandar. Di bandar pagi-pagi lagi warganya sudah sibuk mencari dunia dan deruman enjin kereta sudah tentu membingitkan telinga. Bukan di kampung penduduknya tidak bekerja tetapi keadaan jalannya tidaklah sesibuk di bandar. Malah ada antara mereka hanya berjalan kaki atau berbasikal ke tempat kerja. Jadi sudah tentu tidak sebising enjin kereta yang beribu- ribu memenuhi jalan seperti di bandar sekaligus mengurangkan pencemaran udara di kampung. Ah, sausana di Bandar memang terlalu berbeza dengan kampung.
“Am, mari makan ni nak” Terdengar suara ibunya melaungkan namanya dari dalam rumah menyuruhnya makan.
“Ye mak” Idham terus melangkah masuk menuju ke dapur.
“Mari makan ni.. Mak ada masak nasi goreng kampung, makanan kegemaran kamu....” Beginilah ibunya melayannya setiap kali dia pulang ke kampung.
“Sedapnya baunya mak, dah lama saya tak makan masakan mak...” Selepas membasuh tangan terus dia makan. Berselera sekali dia hari ini.
“Mak tak makan sekali ke?..” Idham bertanya setelah melihat ibunya hanya duduk memerhatikan dia makan.
“Mak nanti bawa bekal.. Kat kebun baru makan, sekarang mak masih kenyang lagi...” jawab ibunya yang sedang membancuh air kopi untuknya.
“Mak tak payah la kerja lagi.. Duduk rumah je la mak.. Mak bukannya sihat sangat pun.. Kan saya sudah kirimkan mak wang tiap-tiap bulan.. Tak cukup lagi ke mak? nanti saya tambah kan lagi...”
“Bukannya tak cukup.. Tiap-tiap bulan yang kamu bagi tu ada saja yang lebih bukannya tak cukup.. Tapi mak ni tak boleh nak duk saja.. Kata orang putih, relax relax ni.. Kalau mak tak buat kerja rasa badan ni macam lemah semacam je..Lagi pun nanti bersemak -samun pula tanah tu...” panjang lebar ibunya menjawab. Dahulu Idham ingin mengupah orang untuk menjaga kebun mereka tetapi emaknya yang tidak setuju. Mahu mengusahakannya sendiri.
“Ye lah mak.. Tapi tak payah la hari-hari pergi.. Dua minggu sekali cukup lah tu”
“Ye lah” jawab ibunya sepatah.
“Abang Am bila balik ni??” terdengar suara adiknya Adli Izham anak yang kedua bertanyakan dia. Semalam Adli tidak terperasaan yang abangnya pulang kerana telah tidur awal-awal lagi setelah pulang bekerja.
“Tengah malam semalam abang sampai.. Abang sampai tengok kamu sudah tidur,, macam mana kamu nak tahu...” Adli hanya tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu. Dijamahnya nasi yang ibunya masak tadi.
“Bila abang balik Kuala Lumpur?..” Adiknya bertanya lagi.
“Tak tahu lagi..Macam mana kerja kau sekarang,,ok?”
“Boleh tahanlah..Cuma penat je sikit.. Hari-hari banyak sangat kerja nak kena bereskan..” jawab adiknya sambil menguyah makanan. Adli telah dua tahun bekerja namun sering bertukar-tukar pekerjaan sehingga mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat di pekan sembilan bulan lalu. Oleh sebab rumahnya yang tidak terlalu jauh dari pekan, Adli mengambil keputusan ini berulang alik dari rumah ke tempat kerja tanpa menyewa rumah bersama rakan-rakan di pekan. Boleh juga dia menjaga ibunya dan adik-adiknya yang lain.
“Kamu berdua berbual lah dulu..Mak nak pergi kebun dah ni.. Kalau dah tengah hari nanti panas pula...” Emaknya memberitahu sambil mengemaskan peralatan untuk ke kebun..
“Mak, saya pun nak ikut juga.. Lama dah tak pergi ke kebun...” Idham ingin mengikuti ibunya.
“Nak ikut jom lah pergi sekarang...” Ibunya sudah berada di luar rumah.
Idham terus melulu ke luar rumah mengikuti langkah ibunya dari belakang. Kebun mereka tidak lah jauh sangat dari rumah, hanya lima minit berjalan kaki. Kebun itulah satu –satunya tanah peninggalan arwah ayah mereka. Kebun itulah yang banyak berjasa kepadanya sehingga dia boleh berjaya seperti sekarang. Hasil dari kebun itu lah yang menampung keperluannya semasa dia di universiti. Bak kata orang tua, tak rugi kalau berjasa pada tanah.
Menoreh getah ni kadang-kadang dapat banyak duit, kadang-kadang kais pagi makan pagi sahaja. Semua bergantung pada faktor cuaca dan harga getah di pasaran dunia. Pernah beberapa ketika di waktu kecilnya, dia terpaksa mengikat perut untuk ke sekolah apabila ibubapanya tidak mampu menyediakan dia wang belanja akibat harga getah jatuh atau hujan lebat. Itulah kehidupannya sebagai anak seorang penoreh.
Sesampai di kebun, emaknya terus membuat kerjanya. Idham pula mengambil peluang merayau-rayau di sekeliling kebun. Puas dia merayu, matanya tertumpu pada suatu tempat yang selalu dia bermain sewaktu kecilnya. Sungai. Terus dia melangkah ke arah sana. Di sini lah tempat dia dan rakan-rakannya selalu mandi manda. Dan disinilah juga dia pernah bercinta dengan Ifzah Safira anak pak Hamid. Cinta-cinta monyet sewaktu sekolah. Mereka berpisah ketika hendak melangkah masuk ke sekolah menengah. Ifzah yang cemerlang dalam pelajaran menyambung pelajaran di MRSM di pontian, manakala Idham hanya bersekolah di kampung saja kerana keluarganya yang serba kekurangan.
“Di mana lah agaknya ifzah sekarang ni.. Teringin aku nak jumpa dengan dia.. Mesti makin lawa dia sekarang ni.. Dengar khabar sudah berkahwin dengan seorang jurutera..” Idham bermonolog di dalam hatinya.
Apabila melihat ibunya sudah berehat di pondok, Idham melangkah ke sana pula.
“Dah sudah buat kerja mak...” Idham buat-buat tanya sambil tangannya memicit- micit bahu ibunya yang sedang kepenatan. Ibunya langsung tidak menjawab pertanyaan Idham, sebaliknya membuka bekal makanan dan terus makan. Mungkin sudah terlalu lapar agaknya.
“mak nak tanya sikit.. kamu ni bila nak kahwin? Tak ada calon lagi ke? Mak ni teringin sangat nak cucu..” suara ibunya mengejutkan Idham dari lamunannya.
“Belum sampai seru lagi mak...” kata Idham sambil tersenyum. Emaknya mencebik. Emaknya langsung tidak tahu menahu perihal anaknya itu pernah bercinta dan putus ditengah jalan yang menjadi punca anaknya membujang hingga ke hari ini.
“Seru apa yang tak sampai laginya Am? Kawan-kawan sebaya kamu sudah ramai yang berkahwin.. Dah dapat anak da pun.. Ifzah tu yang kamu duk cinta-cinta masa kecil-kecil dulu tu,, dah ada tiga orang anak dah.. Mak ni bila lah nak merasa bercucu.. Ni Adli adik kamu,, dah pun bertunang hujung bulan lepas, akhir tahun ni mak ingat nak lah melangsungkan perkahwinan mereka.. Nak tunggu kamu,, entah bila mak nak dapat cucu.. ” Idham yang sedang minum tersedak mendengar apa yang diluah kan ibunya.
“hah! Adli dah tunang? Bila dia bertunang? Mak tak da pun bagitahu Am pun? Adli pun tak cakap kat Am?..” panjang pula soalan Idham pada ibunya. Idham sememangnya langsung tidak tahu menahu pasal pertunangan Adli.
“Mak saja tak bagitahu kamu.. Kamu tu sibuk je memanjang.. Kesian pula nak suruh kamu ambil cuti.. Lagi pun bertunang je baru..Nanti kahwin mak bagitahu lah...” Idham hanya mendengar saja apa yang ibunya cakap. Nak marah sebab ibunya langsung tak bagitahu, tak boleh juga sebab apa yang ibunya kata itu semuanya betul. Dia sememangnya sibuk dengan kerjanya. Nak minta cuti pun susah.
“Ni mak nak cakap sikit ni.. Mak ingat nak pergi mekah hujung tahun selepas Adli nikah.. Tapi mak masih kurang duit.. Kalau mak tak daftar akhir bulan ni, mak mungkin tak dapat pergi haji tahun ni.. Mak nak minta tolong kamu dahulukan duit kamu untuk pembayaraan haji.. Nanti mak balik dari mekah,, mak ganti balik duit kamu.. Mak nak minta dengan Adli takut pula dia tak cukup duit untuk majlis perkahwinannya nanti...” ibunya menerangkan dalam nada yang sedikit sedih.
“Kenapa mak tak bagitahu awal-awal pada saya.. Saya boleh bagi mak duit,, tak perlu pinjam-pinjam dari saya.. Esok kita pergi tabung haji daftarkan nama mak...” Idham memeluk ibunya. Ibunya terharu menitiskan air mata.
“Mak, jom lah kita balik ke rumah.. Dah hampir waktu zohor ni...” Idham bangun dan di ikuti ibunya. Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah.
Malam itu. Idham tidak dapat tidur lena. Entah apa yang dipikirkannya, dia pun tidak pasti. Kenangannya dengan Irah kembali mengusik dirinya. Jika Irah tidak meninggalkan dia, sudah tentu mereka sekarang telah berkahwin dan mungkin sudah mempunyai anak. Patutkah sekarang dia terus melupakan Irah? Hampir pukul 3 pagi, barulah dia dapat melelapkan matanya.
Esoknya, seawal pukul 7 pagi, Idham dan ibunya terus ke tabung haji. Adik-adiknya masih lagi tidur ketika mereka keluar. Biasalah di waktu hujung minggu, itulah kerja mereka. Idham juga tidak terkecuali jika ada kesempatan. Perjalanan ke tabung haji yang terletak di bandar itu memakan masa hampir satu jam perjalanan dari rumah mereka. Dia mengagak- agak sampai di sana sekitar pukul 8, jadi waktu itu mungkin masih tidak ramai orang di sana. Setibanya di sana, sangkaannya lesap, di lihat telah ramai orang berkumpul dan mula beratur diperkarangan tabung haji menunggu bank itu di buka. Setelah di buka dan mengambil nombor giliran, dia dan ibunya duduk sementara menunggu giliran.
“Mak, jom kita pergi makan dululah kat restoren depan sana tu.. Masih lama lagi ni jika mahu menunggu..” Idham menunding jarinya ke arah sebuah restoren yang terletak di seberang jalan. Perutnya juga telah berkerongcong meminta untuk di isi.
“Kamu pergi saja lah.. Mak masih belum lapar lagi.. Kamu tunggu saja mak kat sana.. Nanti siap urusan mak,, mak cari kamu kat sana..” Ibunya tidak mahu mengikuti Idham. Mungkin terlampau excited hendak menunaikan haji. Barangkalilah.
Idham menuruti saja arahan ibunya. Duduk di dalam bank itu pun orang terlalu ramai, lemas di buatnya. Setelah berpusing-pusing di sekitar tempat itu, Idham melangkah masuk ke restoren idaman. Apabila ke bandar, dia selalu makan di restoren ini kerana makanannya sangat sedap. Langkahnya terhenti apabila dia terlihat kelibat orang yang sangat dia kenal dan tercari cari selama ini. Umairah Zafirah. Dia hampir terjerit dan terdengar pula oleh Irah yang sedang minum air. Kedua-dua mereka tergamam dan kenangan lama mengimbau kembali. Irah yang terkejut dengan kehadiran Idham terus meluru keluar dari restoren itu, namun tangannya sempat di tarik oleh Idham.
“Irah... Tolong duduk dulu.. Kita bincang..” Idham masih boleh ngawal kewarasan dirinya. Entah dia mahu marahkan Irah atau tidak. Irah lah yang membuatkan hidupnya merana dan hampir membunuh diri akibat di tinggalkannya. Fikirannya kembali bercelaru.
Irah kembali duduk. Mereka hanya diam membisu tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut mereka. Entah siapa yang mahu memulakan perbualan ini setelah sekian lama tidak bertemu. Entah panggilan apa yang Idham mahu panggil Irah, begitu juga sebaliknya. Mereka tidak pernah memutuskan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Entah dari mana mereka mahu memulakan perbualan ini.
“Kenapa Irah meninggalkan abang begitu sahaja? Apa salah abang?” Idham memberanikan diri untuk bersuara setelah sekian lama menyepi. Irah hanya menunudukkan kepala nya ke meja ketika Idham bertanya. Dia tidak berani memandang wajah Idham. Rasa bersalah masih berbekam di jiwanya.
“Maafkan Irah.. Abang langsung tidak bersalah dalam hal ini.. Ini semua salah Irah..” Irah hanya menundukkan mukanya ke meja,, langsung tidak di angkat memandang wajah orang yang sangat dia sayangi sewaktu ketika dahulu.
“Tapi kenapa Irah? Kenapa?” Idham tidak berpuas hati dengan jawapan yang Irah berikan. Jawapan itu tidak cukup untuk mengubati luka di jiwanya.
“Assalamualaikum sayang,, sori abang lambat sampai.. Jalan sesat tadi.. Ada kemalangan kat depan sana..” Terdengar suara pemuda memohon maaf atas kelewatannya kepada Irah. Suara itu seakan akan amat dikenali oleh Idham. Idham menoleh ke atas.
“Eh,, abang.. Abang buat apa kat sini? Perkenalkan inilah tunang Adli, namanya Umairah Zafirah.. Panggil saja Irah..” Adli memperkenalkan diri Irah kepada Idham sambil menggapai tangan tunangnya. Adli langsung tidak tahu menahu tentang Irah yang pernah bercinta dengan abangnya itu yang dia tahu abangnya pernah bercinta tetapi putus akhirnya.
“Er..er.. tak.. Abang tunggu mak kat sini.. Mak ada kat tabung haji depan sana tu.. Tadi abang terlanggar cik Irah ni dan kami pun berborak-boraklah kat sini.. Tak tahu pula dia tunang Adli..” Idham menipu adiknya. Mukanya bersahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Dia tidak mahu adiknya tahu pasal mereka. Biarlah rahsia. Irah hanya memandang Idham.
“Oh.. Kalau macam tu kita berborak-boraklah dulu,, abang nak makan apa? Adli pesankan sekarang...” Adli ingin memesan makanan setelah di lihat tiada satu pun makanan yang terhidang di atas meja. Ini bermakna Idham dan Irah belum lagi order makanan.
“er, er.. Tak payah lah.. Abang bukan datang sini nak makan.. Saja jalan-jalan sambil tunggu mak.. Abang rasa mak dah selesai urusan dia.. Elok lah abang segera pergi kat mak.. Kesian pula mak nanti lama menunggu...” Idham terus bangun melangkah keluar. Makin lama dia di situ makin terasa bagai nak gila. Lebih-lebih lagi bila melihat kemesraan adiknya dengan Irah. Rasa ingin makannya terus terbantuk.
Dalam perjalanan pulang pikirannya melayang-layang. Langsung dia tidak menyangka bahawa Irah adalah tunang adiknya dan bakal adik iparnya sendiri. Terasa sangat kecil dunia ni. Dia tidak boleh menerima semua kenyataan ini. Namun apakah dayanya. Takdir telah menentukan. Jiwanya tertekan.
“Am,, orang melintas kat depan tu.....” ibunya tiba-tiba menjerit cemas. Idham terus menekan berek mengejut. Nasib baik dia sempat membrek. Kalau tidak, tak tahu lah apa yang bakal terjadi. Terdengar orang itu memekik memarahinya namun tidak di endahkannya. Diteruskan saja perjalanan mereka.
“Apa yang kamu fikir ni Am? Orang melintas kat depan pun kamu tak nampak.. Nasib baik sempat brek..” Leter ibunya.
“Hmm.. Tak ada apa-apalah mak” Jawab Idham sepatah tanpa memberitahu perkara yang sebenar. Dia tidak mahu merisaukan ibunya.
Malam itu setelah berpikir sepuas-puasnya, dia nekad ingin mencuri nombor telefon Irah dari handphone adiknya. Bukan kerana ingin mengganggu hubungan Irah dengan adiknya tetapi dia ingin tahu jawapan yang masih belum berjawab sekian lamanya. Lima tahun dia menunggu. Bukan waktu yang singkat. Setelah di lihat telefon adiknya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu, lantas diambilnya dan di salinnya nombor telefon Irah. Kemudian di letak kembali handphone itu ke tempat asal. Dia bergegas ke biliknya sekali-kali di tatapnya nombor telefon Irah. Dia bingun. Adakah dia masih perlu tahu tentang kenapa Irah meninggalkannya atau tidak. Jika dia mengetahuinya sekalipun, tidak mungkin sama sekali hubungan dia dengan Irah yang telah sekian lama berkubur, hidup kembali. Dia tidak mungkin sesekalipun menyakiti hati adiknya meskipun cintanya kepada Irah sangat mendalam. Dia kebingunan.
“Ah! Aku bingun.. Apa aku perlu buat ni???” Desusnya di dalam hati.
“Tak kiralah apa yang akan jadi sekalipun, aku tetap ingin mengetahui jawapannya..” Idham bertegas dengan dirinya. Segera dia menghantar pesanan ringkas kepada Irah.
from-0115678990(Idham)
to- 01256798453(Irah)
Message- Irah, kita jumpa di restoren idaman esok pukul 10 pagi.. tolong datang.. saya perlu mengetahui jawapan dari awak.. selagi saya tidak tahu,, selagi itu hidup saya tak tenang...- Zafrul Idham.
Setelah beberapa minit kemudian, handphone Idham berbunyi menandakan ada mesej yang di terima.
From-01256798453(Irah)
To-0115678990(Idham)
Message-ok.. kita jumpa esok..
Ringkas saja mesej yang diterima dari Irah. Namun telah membuahkan harapan yang sangat tinggi pada Idham.
*****************************************************************************
Esoknya, seperti yang dijanjikan, mereka bertemu. Irah menerangkan kenapa dia meninggalkan Idham sewaktu ketika dahulu.
“Sewaktu Irah membuat keputusan untuk meninggalkan abang,, waktu tu Irah sakit buah pinggang tahap kronik.. Doktor menjangkakan hidup Irah sudah tak lama,, hanya beberapa bulan selepas tu.. Doktor juga tidak dapat menemukan penderma yang sepadan dengan buah pinggang Irah.. Irah tak mahu menyusahkan abang.. Jadi, Irah melarikan diri..” Irah menceritakan kejadiaan yang sebenar kepada Idham. Idham menelan air liur mendengar kata-kata Irah. Sungguh ketika dia bersama Irah dulu, langsung tidak kelihatan tanda-tanda bahawa Irah sedang menanggung kesakitan.
“Habis,, kenapa Irah masih hidup sampai sekarang?”
“Selepas Irah meninggalkan abang,, Irah pulang ke kampung Irah,, rumah yang mak ayah Irah tinggalkan untuk Irah...Namun rumah itu telah dijual oleh pak cik Irah kepada orang lain.. Katanya itu pusaka nenek moyang dan bukan rumah ibubapa Irah.. Mereka mengusir Irah dari kampung itu.. Irah yang tak tahu nak pergi mana hanya duduk rehat diperhentian bas.. Sakit Irah datang kembali.. Irah pengsan.. Irah tak tahu apa yang berlaku selepas itu dan sedar dari pengsan Irah telah berada di hospital.. Orang yang membawa Irah ke hospital adalah seorang pak cik pemandu teksi dan isterinya.. Merekalah yang merawat Irah sehingga Irah sihat.. Dan mereka mengajak Irah tinggal di rumah mereka.. Irah diambil sebagai anak angkat mereka..” Irah menceritakan dengan panjang lebar. Idham hanya mendengar sahaja.
“Selanjutnya??”Hanya sepatah pertanyaan sahaja yang keluar dari mulut Idham.
“Ibubapa angkat Irah mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan Irah.. Namanya Amri.. Sewaktu ajal Irah hampir tiba kerana masih belum ada penderma,, Amri terbabit dalam kemalangan ketika pulang menjemput tunangnya.. Nyawa Amri tidak dapat di selamatkan.. Ketika itu juga,, Irah telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan yang semakin kritikal.. Kerana kuasa Allah yang Maha Agung,, buah pinggang Amri sesuai dengan Irah.. Jadi,, doktor melakukan pemindahan buah pinggang Irah.. Irah terselamat.. Sebulan Irah dirawat di hospital dan memerlukan rawatan rapi” Idham hanya terdiam kaku mendengar penjelasan Irah. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana merananya Irah ketika itu. Irah menyambungnya lagi.
“Keadaan Irah semakin pulih setelah beberapa bulan selepas itu.. Irah pergi mencari abang di syarikat abang.. Masa tu Irah ternampak abang sedang berjalan dengan seorang perempuan menuju ke sebuah restoren.. Irah fikir mungkin itulah pengganti diri Irah.. Jadi,, Irah tidak mahu mengganggu hubungan abang dengan dia kerana ini semua salah Irah kerana meninggalkan abang begitu saja.. Irah mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru dan melupakan semua peristiwa lama.. Irah terus tinggal dengan ibubapa angkat Irah atas permintaan mereka..” Irah mengalirkan air mata. Idham berfikir siapakah perempuan yang dimaksudkan Irah.
“Abang tidak pernah menerima mana-mana perempuan selepas Irah.. Hati abang dah tertutup untuk menerima orang lain.. Yang Irah nampak waktu tu ialah rakan sekerja abang..” Idham yakin perempuan yang Irah nampak waktu tu adalah rakan sekerjanya. Idham tidak pernah keluar dengan perempuan lain selain rakan sekerjanya. Kali ini giliran Irah pula mendiamkan diri.
“Jadi macam mana Irah boleh kenal dengan Adli?” soal Idham.
“Ayah angkat Irah terkena strok setahun yang lalu.. Dia tak dapat meneruskan kerjanya lagi.. Jadi, Irah merasa bertanggungjawab keatas keluarganya.. Irah mencari kerja dan diterima bekerja di Syarikat Permata.. Di situ lah Irah mengenali Adli.. Dia rakan setugas Irah.. Kami bercinta... ta.. ta.. Tapi Irah tak tahu yang Adli itu adik Am.. Maafkan Irah..” Sekali lagi matanya berair. Sememangnya rupa paras Idham dengan Adli langsung tiada persamaan. Adli lebih mirip kepada ibunya, manakala Idham menuruti rupa paras arwah ayahnya.
Setelah Idham mendengar semua penjelasan Irah, Idham terus berlalu pergi meninggalkan Irah. Irah hanya termanggu melihat kelakuan Idham. Dia sedar, Idham mesti marahkan dia. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah bertunang dengan adik Idham sendiri. Namun apakah daya dia, semuanya sudah kehendak takdir. Dia sendiri pun tidak mengetahui hayatnya masih panjang dan penyakit yang dideritainya setelah sekian lama sudah pulih sepenuhnya.
*********************************************************************************
Malam itu juga, Idham terus pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak sanggup melihat muka adiknya. Dia tidak mahu ibunya risau melihat tingkah lakunya. Biarpun cutinya masih berbaki dua hari lagi. Dia hanya memberitahu ibunya yang dia mendapat panggilan kecemasan dari sana dan perlu segera pulang. Hatinya sudah meronta-ronta mahu dia segera pergi dari sini.
**********************************************************************************
“Awal kau pulang Am? Kan masih ada dua hari lagi cuti kau?” Fir hairan melihat Idham pulang secara tiba-tiba.
“Tak da apa-apa lah.. Saja aku balik awal..” Idham berdalih dengan rakannya itu. Segera dia masuk ke biliknya dan terdengar pintu dikunci dari dalam. Fir sedar akan perubahan diri Idham. Dari riak wajah Idham, dia tahu Idham sedang mengalami masalah.
“Tapi masalah apa ye?” Fir bermonolog. Ingin di tanya sekarang, dipikirkan masa belum sesuai. Tambahan pula Idham baru pulang. Kepenatan lagi. Akhirnya dia duduk di ruang tamu menonton televisyen.
*****************************************************************************
“Am,, kau ada apa masalah ni sebenarnya?” Fir bersuara setelah mereka duduk bersantai di luar rumah. Pertanyaannya tidak di jawab.
“Idham.. Kau dengar tak ni apa yang aku tanya?” fir bertanya lagi seteleh melihat Idham hanya membatu tanpa suara.
“Err.. Apa?” Rupanya Idham mengelamun tadinya.
“Ishh.. Kau ni.. Aku tadi bercakap dengan tunggu kayu lah ye?” fir berpeluk tubuh.
“Sori lah.. Aku tengah banyak masalah sekarang.. Aku... Aku..Aku..”
“Aku apa? Sejak bila kau jadi gagap ni Am?” Fir terus menyampuk. Penat mendengar Idham dari tadi aku.. aku..aku..
“Aku jumpa Irah...” Fir membulatkan matanya. Terkejut dia mendengar apa yang telah keluar dari mulut Idham.
“Bila kau jumpa Irah? Dekat mana?” Fir terus bertanya lagi. Idham menceritakan segalanya yang telah berlaku ketika dia kampung dan bagaimana dia terjumpa Irah.
“Jadi kau dah tahu lah kenapa Irah melarikan diri dulu?”
“Sudah.. Irah sudah menceritakan segalanya kepada aku.. Tapi..” kata-kata Idham hanya mati di situ. Matanya di angkat memandang sekeliling rumah mereka.
“Tapi apa lagi ni??” Fir ingin mengetahui selanjutnya.
“Dia,, dia dah tunang dengan adik aku,, Adli..” Sekali lagi Fir terkejut.
“Habis sekarang macam mana? Adli tahu tak pasal kau dengan Irah?”
“Adli tak tahu.. Aku bingun.. Aku tak tahu apa yang harus aku buat sekarang.. Susah aku nak terima Irah sebagai adik ipar aku..” Idham berkata dalam nada yang lemah. Fir buntu bagaimana harus menolong Idham. Lama mereka menyepi.
“Aku fikir macam ni lah.. Kau lupakanlah Irah dan mulakan hidup baru..Kau terimalah Anas.. Aku tahu dia sangat mencintai kau.. Anas pun baik orangnya.. Aku tahu berat untuk kau terima semua ini.. Tapi aku rasa ini lah jalan yang terbaik untuk kau melupakan Irah..” Fir memberi cadangan. Idham hanya menggangguk. Idham semamangnya tahu yang Anas selalu memerhatikan dia. Dari cara melayan dan riak wajah Anas, dia tahu Anas mengharapkan cinta darinya. Anas adalah rakan sekerja Idham yang paling rapat dengan Idham dan selalu membantu Idham ketika Idham dalam kesusahan. Dia juga mengambil berat pasal Idham ketika Irah meninggalkan Idham dulu. Telah lama Anas memendamkan rasa cintanya kepada Idham. Hanya Idham yang tidak pernah mengambil berat semua itu. Baginya, Anas adalah kawan baiknya sahaja.
Saat itu juga, Idham telah bertekad untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Dia sudah tidak mengharapkan cinta dari Irah lagi. Dia tahu semua itu tidak kan mungkin pernah terjadi lagi. Tak kan dia sanggup merampas Irah daripada adiknya sendiri. Biarlah mereka bahagia. Idham sanggup berkorban.
********************************************************************************
“Anas,, sudikah awak menerima cinta saya?” Anas tergamam mendengar ucapan yang keluar dari mulut Idham ketika mereka keluar makan tengah hari. Anas terdiam. Diiyakan pun tidak. Di tidakkan pun tidak. Mungkin dia kelu untuk berkata-kata.
“Er... er.... er...” Anas tergagap-gagap. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus di perkatakan. Kata-kata Idham yang terburu-buru baginya itu membuatkan dia tidak dapat berfikir. Padahal sebelum ini Idham tidak pernah menunjukkan yang dirinya meminati Anas. Dan Anas juga tahu pintu hati Idham telah lama tertutup.
“Tapi kenapa dia meluahkan kata-kata cintanya padaku?Adakah dia betul-betul cintakan aku atau hanya sebagai penganti Irah secara fizikal. Walaupun aku amat mencintainya,, aku sikit pun tidak merasa yang Idham benar-benar ikhlas mencintaiku..”Bentak hati Anas namun kata-kata itu tidak terkeluar dari mulutnya. Mulutnya bisu tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.
“Anas,, saya tahu selama ini awak terlalu mengambil berat tentang diri saya..Saya saja yang tak nampak rasa cinta awak terhadap saya selama ini.. Saya langsung tidak pedulikan perasaan awak.. Saya tutup pintu hati saya untuk perempuan.. Saya ikut perasaan ego saya.. Tapi sekarang,, saya nekad,, saya hendak melupakan masa lalu saya.. Saya ingin awak menjadi permaisuri di hati saya.. Mengisi kekosongan jiwa saya.. Harap awak boleh menerima cinta saya..” Idham meluahkan segala-galanya. Air mata Anas mengalir. Idham segera menyeka air mata Anas dengan tangannya. Anas masih lagi membisu.
“Anas,, kalau awak tak boleh bagi jawapan sekarang,, tak mengapa.. Awak boleh ambil masa untuk berfikir.. Saya harap awak buat keputusan yang terbaik..” Idham amat berharap Anas dapat menerima cintanya.
*******************************************************************************
Keesokkan harinya..
“Idham, ni Anas ada bawa sarapan untuk Am,, Am makanlah..” Kali ini Idham pula yang tergamam dengan sikap Anas. Tidak pernah Anas membawakan bekal untuk Idham.
“So,, how about yesterday?” Idham tertanya -tanya inginkan jawapan. Anas hanya tersenyum dengan senyuman yang paling manis lalu meninggalkan Idham yang terpinga-pinga. Idham memahami maksud Anas.
“Thank sayangku.. I love u” Jerit Idham. Anas berpaling lalu senyum melihat gelagat Idham. Rakan-rakan sekerja yang mendengar perbualan mereka menepuk tangan bersorak gembira. Akhirnya Idham mempunyai kekasih hati lagi setelah sekian lama membujang.
****************************************************************************
“Eh.. Kau ni kenapa Adli” Fahri Akram, kawan Adli bertanya setelah melihat Adli seperti orang yang sedang sakit. Dia memicit-micit kepalanya yang kepeningan itu.
“Entahlah Ri..Sejak kebelakangan ini aku selalu rasa pening kepala....”
“Eh.. Kau ni.. Pergilah hospital check kesihatan kau tu.. Nantikan bertambah teruk pula.......”
“Hmm.. Tak da apa-apalah.. Aku sihat je.. Mungkin terlalu penat bekerja kot..” Adli membuat andaian.
“Kau ni.. Tak salah kalau kau...” Belum sempat Fahri habis cakap, Adli tiba-tiba pengsan.
Rakannya terus membawa Adli ke Hospital Tunku Ismail. Adli dimasukkan ke pusat rawatan kecemasan. Mereka mendapat tahu Adli menghidap penyakit barah otak. Penyakitnya sudah di tahap kritikal. Dia di tahan di hospital dan memerlukan rawatan segera. Rakan-rakannya lah yang menyampaikan khabar berita tentang Adli kepada keluarga Adli dan juga Irah. Idham masih belum mengetahui tentang adiknya kerana ketika itu dia berada di Australia atas urusan kerja selama seminggu. Emaknya pula tidak mahu memberitahu Idham sehingga Idham pulang ke tanah air.
Sewaktu di hospital, Irah yang banyak menemankan Adli kerana ibu Adli tidak boleh menjaganya sepanjang masa kerana perlu menjaga adik-adiknya yang masih bersekolah. Lagi pula, tidak ada salahnya Irah menjaga Adli kerana Adli kan tunangnya. Pada waktu siang Irah pergi kerja dan waktu malam pula di habiskan masanya untuk menemani Adli.
Di suatu pagi, selepas Irah ke tempat kerjanya, Adli yang kebosanan duduk di hospital ternampak buku Irah yang tertinggal di atas meja. Dia telah lama perasaan buku itu akan dibawa kemana-mana saja Irah pergi. Di lihatnya buku itu. Oh, buku diari Irah rupanya. Ingin sekali dia mengetahui tentang isi buku diari itu.
Sebaik membuka buku diari itu, dia ternampak sekeping gambar lama melekat di buku itu. Rupa orang di sebelah Irah itu seakan-akan wajah abangnya, Idham. Ye. Memang betul. Itu gambar abangnya. “Kenapa gambar Idham boleh ada pada Irah?” omel Adli. Terus di baca tulisan di belakang gambar itu.
Irah dan Zafrul Idham
Tarikh istimewa: 28 mei 2004..semoga berkekalan..
“Apa maknanya tarikh istimewa?” Perasaan ingin tahu menebal dalam diri Adli.
28 mei 2004
Hari ini hari yang amat bahagia bagi diriku.. Hari ini aku telah menjadi kekasih kepada orang yang amat aku cintai,,Idham.. Bersaksikan bulan dan bintang di tepi pantai,, dia telah melamarku.. Sungguh indah saat itu.. Sungguh aku tidak dapat melupakannya.. Aku berharap,, cinta kami akan berkekalan ke akhir hayatku.. I LOVE U, ZAFRUL IDHAM..
Adli menelan air liur. Selama ini langsung dia tidak mengetahui semua ini. “Patut saja lah aku pernah bertemu Irah berdua-duaan dengan abang Idham..” Dia terus membaca lagi.
12 februari 2005
Hari ini hari yang amat sedih bagiku.. Hari ini aku terpaksa meninggalkan orang yang amat aku cintai selama ini.. Aku terpaksa.. Aku tidak rela meninggalkan dirinya.. Tetapi aku terpaksa.. Aku terpaksa kerana penyakit aku yang telah kritikal tidak mungkin memberi peluang untuk aku hidup lebih lama.. Aku tidak mahu menyusahkan dirinya.. Maafkan sayang, abang.. Ketahuilah,, bukan niat sayang untuk meninggalkan abang begitu saja.. Mungkin kita tiada jodoh.. Maafkan sayang..
10 oktober 2005
Aku telah pulih sepenuhnya.. Mujurlah aku mempunyai keluarga angkat yang sangat baik.. Dan Allah masih memberi peluang untuk aku hidup.. Hari ini aku pergi ke tempat Idham bekerja.. Aku ingin menceritakan segala-galanya kepada cintaku tentang kehilanganku.. Tetapi,, aku membatalkan hasratku setalah aku melihat dia bersama perempuan lain di restoren.. Mungkin itu kekasih barunya.. Mungkin juga dia telah melupakan aku..Ini semua salah aku juga.. Aku pasrah.. Ah,, tak mengapalah,, biarlah aku hanya mencintainya sepanjang hidupku walau aku tak kan sekali-kali dapat memilikinya lagi.. Aku mengharapkan dirinya bahagia selalu.. AKU SANGAT MENYAYANGIMU IDHAM..
Adli tidak sanggup lagi membaca diari Irah yang seterusnya. Dia tidak menyangka bahawa tunangnya lah orang yang abangnya sangat sayang sehingga menutup pintu hati Idham menerima perempuan lain. Dia tidak menyangka, dia dan abangnya mencintai orang yang sama. Biasanya hanya kembar yang selalu begitu. Yang selalu mempunyai perasaan yang sama dengan pasangan kembarnya. Tetapi mereka bukannya kembar. Dihadapan irah, Adli bersikap seperti biasa. Dia tidak mahu Irah tahu yang dia telah mengetahui hubungannya dengan Idham.
Setelah dua minggu dia berada di hospital, keadaan Adli bertambah parah sehingga terpaksa di tempatkan di unit rawatan rapi. Idham yang baru mengetahui keadaan Adli terus ke hospital di mana Adli di tempatkan. Nasib menyebelahinya, apabila dia dapat menemui adiknya dan ketika itu Adli masih boleh bercakap.
“En Idham dan cik Zafirah.. En Adli ingin menemui kamu berdua.. Tapi jangan terlalu lama kerana pesakit memerlukan rehat yang secukupnya..” doktor Amran memberikan arahan. Mereka hanya menuruti saja. Idham tidak pernah sekali pun berpeluang melawat adiknya setelah beberapa minggu adiknya di rawat.
“Abang,, Adli nak abang jaga Irah baik-baik.. Adli nak...” Mereka berdua tergamam dan saling berpandangan. Belum sempat Adli mengahabiskan kata-katanya, keadaan menjadi panik apabila Adli tiba-tiba nazak. Adli menghembuskan nafas terakhir di sisi mereka berdua.
****************************************************************************
Seminggu pemergian Adli, Irah dan Idham tinggal sebumbung. Irah telah tidur di rumah ibu Idham sejak malam pertama Adli meninggal. Sejak itu juga mereka selalu bertemu. Perasaan aneh mula timbul dalam diri mereka. Adakah cinta mereka kembali berputik?
“Kenapa aku rasa lain macam apabila bersemuka dengan Irah? Adakah aku masih cintakan dia? Kenapa semua ini berlaku ketika aku telah membuka pintu hati ini kepada orang lain? Aku ada Anas.. ye.. Aku ada Anas..Mana mungkin aku sanggup melukakan hati Anas” Idham mengeluh. Terlalu banyak dugaan yang menimpa dirinya akhir-akhir ini. Dengan permintaan terakhir Adli memburukkan lagi keadaan. Tambah pula, mereka tidak tahu apa maksud tersirat di sebalik kata-kata Adli.
********************************************************************************
“Abang, ni surat dari abang Adli untuk abang,, dan ni pula surat untuk kak Irah” adiknya bongsunya, Shirah Ifwah menghulurkan dua keping surat kepada Idham dan Irah sewaktu mereka di ruang tamu.
“Mana adik dapat surat ni? Bila abang Adli bagi surat ni kat adik?” Idham bertanya adiknya. Ingin tahu.
“Abang Adli bagi kat Shirah masa kat hospital.. Dia suruh adik pegang surat ini dan bagi pada abang dengan kak Irah..Dia cakap tunggu bila dia meninggal baru bagi abang dengan kak Irah...”adiknya menangis teresak-esak sebaik habis bercerita. Dia masih terlalu sedih dengan pemergian abang kesayangannya itu. Idham menggosok-gosok belakang adiknya. Sebentar kemudian mereka membelek belek surat itu dan membacanya.
**********************************************************************************
Untuk abang Idham yang ku sayang...
Adli tulis surat ni pada abang kerana Adli takut tak sempat untuk memberitahu isi hati Adli pada abang.. Saat abang baca surat ini.. Abang sudah tahu Adli telah pergi menemuiNya.Relakan lah pemergian Adli dan jangan sesekali di tangisi...
Sebetul-betulnya,,Adli nak abang maafkan Adli kerana merampas Irah dari abang.. Sungguh,, Adli langsung tidak mengetahui Irah itu bekas kekasih yang abang puja selama ini.. Adli baru mengetahuinya setelah Adli terbaca dairi Irah yang tertinggal kat hospital masa Adli tengah sakit.. Terus saja Adli menuliskan surat pada abang kerana Adli tahu hayat Adli tak kan panjang..
Satu permintaan Adli pada abang,, Adli nak abang jaga cinta kita iaitu Irah..Jagalah dia seperti mana abang menjaga Adli sewaktu adli masih kecil.. Bagaimana abang melindungi sewaktu Adli dipukul samseng di sekolah.. Masih ingatkah abang dengan peristiwa itu? Jika abang menyakiti hati Irah,, sama seperti abang menyakiti adik abang ini.. Jikalau boleh,, Adli nak abang berkahwin dengan Irah pada tarikh perkhawinan yang sepatutnya Adli dan Irah kahwin.. Biarlah pengantinnya berganti,, namun kuasa cinta mereka sama..Adli tahu abang mampu menjaganya sama seperti Adli menjaganya..
Adli harap abang sanggup melakukan semua ini untuk Adli.. Adli tahu Irah masih lagi mencintai abang.. Percayalah kata-kata Adli ni..Dari jauh, Adli mendoakan semoga abang bahagia bersamanya.. Tak lupa juga,, Abang jagalah emak dan adik-adik kita sebaik mungkin..Ibu yang telah bersusah payah membesarkan kita sehingga kita berjaya dan adik-adik yang selalu menceriakan hari-hari kita bersama....
Adli rasa setakat ini sahaja Adli boleh tulis.. Adli rasa sakit sangat sekarang ni..Adli susah tak mampu nak tanggung rasa sakit ni.. Mungkin inilah yang arwah ayah pernah rasa sewaktu hayatnya sakit dan terpaksa pula menanggung kita yang bersekolah.. Ayah kuatkan? Tapi Adli tak sekuat ayah.. Bila sakit ni reda sedikit Adli nak tulis surat pada Irah pula.. ingat pesanan Adli taw abang..bagitahu mak dan adik-adik, Adli sayangkan mereka.. Adli sayangkan semuanya..
Adik yang menyanyangimu,,
Adli Izham
**********************************************************************************
Untuk Irah yang amat abang sayangi..Waktu sayang baca surat ni,, abang sudah meninggalkan sayang.. Bukan kerana abang tidak menyayangi sayang,, namun pencipta kita lebih menyayangi kita..
Sayang masih ingat tak lagi waktu mula-mula kita bertemu dan abang melafazkan cinta pada sayan?? Sayang malu-malu.. Seminggu sayang tak tegur abangkan.. hehehe.. Sampai sekarang abang masih tersenyum bila mengenangkan peristiwa itu.. Tapi bukan itu yang sebenarnya hajat abang bagi surat ni pada sayang..
Pertamanya,, abang minta maaf,, abang dah terbaca diari Irah.. Abang ingin sangat tahu isi diari yang sayang sentiasa bawa kemana saja.. Abang ingatkan Irah tulis tentang kita,, tapi abang silap,, sayang telah menulis tentang cinta sayang dengan abang Idham..Abang maafkan sayang walaupun sayang tidak ceritakan hal sebenarnya pada abang.. Cuma abang terkilan kerana telah merampas orang yang abang Idham sangat cintakan.. Sayang nak tahu,, bertahun-tahun abang Idham menderita setelah sayang meninggalkan dia..
Kerana umur abang yang tak panjang,, abang ingin memulangkan kembali cinta yang abang telah rampas dari abang kandung abang sendiri.. Abang nak sayang menerima abang Idham.. Abang tahu hanya abang Idham yang mampu menjaga Irah dengan sebaik-baiknya.. Abang juga tahu sayang masih cintakan abang Idham lagikan? Begitu juga dengan abang Idham.. Dia masih lagi mencintai sayang dan berharap sayang akan kembali kepadanya.. Abang tak nak cinta abang ni jatuh ke tangan orang lain.. Abang tahu berat untuk sayang melakukan semua ini, tapi abang berharap sangat-sangat sayang akan melakukan nya untuk abang.. Itu saja yang boleh membuatkan abang gembira di sana..
Sayang,, abang dah tak larat lagi nak tulis surat ni.. Abang penat sangat ni..Sakit abang datang lagi.. Abang dah tak kuat nak tanggung sakit ni.. Abang nak rehat dulu.. Janji ye sayang pada abang.. Ketahuilah, abang amat menyayangi sayang.I LOVE U FOREVER.
Tunangmu @ orang yang sangat mencintaimu..
ADLI IZHAM
******************************************************************************
“Kau ni kenapa Am, ada masalah lagi ke? Aku minta maaf sebab tak dapat pergi masa pengebumian adik kau..” Tanya Fir. Idham duduk termenung di kerusi batu. Idham telah kembali ke rumahnya setelah seminggu lebih di kampung.
“Fir, aku tak tahu lah nak pilih sapa sekarang ni?” Idham mula bercakap.
“Kau nak kena pilih apa pula ni?” fir bertanya kehairanan.
“Antara Irah dan Anas..Arwah adik aku suruh aku terima Irah sebagai isteri aku.. Kau pun tahu sekarang ni Anas dah jadi kekasih hati aku.. Tak mungkin aku sanggup nak kecewakan Anas.. Tapi,, dalam masa yang sama,, aku masih sayang pada Irah lebih dari aku sayangkan Anas.. Dia cinta pertamaku fir...” Idham mengeluh panjang.
“Berat sangat lah masalah kau ni Am.. Aku pun dah tak tahu macam mana kau nak selesaikannya.. Aku rasa macam ni lah,,kita kan lelaki,, apa kata kau kahwin dua-dua sekali.. Irah isteri pertama kau merangkap cinta pertama kau.. Anas pula isteri kedua kau merangkap cinta terakhir kau.. Itupun kalau kau mampu berlaku adil..” Fir cuba berjenaka. Idham ketawa mendengar nasihat kawannya yang entah pape tu. Tapi, ada logiknya juga.
“Haish,, mana mungkinlah diorang nak bermadu,, gila apa kau ni? ”
“Manalah tahu.. Belum cuba belum tahu.. Apa lah nak jadi dengan kau ni... Sekali hilang tak ada langsung,, sekali dapat,, dua-dua sekali.. Kalau aku,, aku pilih Anas.. Anas tu dah la lawa,, cantik lagi.. Muka pun macam amoi cina.. Tapi tu lah,, kau lebih sayangkan Irah...”Fir mengeluh.. Memang tidak dapat dinafikan yang Anas memiliki wajah yang lebih cantik dari Irah.. Tambah pula, Anas berdarah kacukan melayu cina..
**********************************************************************************
Setelah mengejarkan solat istikharah, setelah dia puas berfikir apa yang harus dia lakukan, Idham akhirnya membuat keputusan sama ada ingin memilih Irah atau Anas sebagai isterinya atau terus hidup membujang tanpa kahwin seumur hidupnya. Setelah berfikir semasak-masaknya, Idham menelefon ibunya di kampung untuk menyuruh ibunya masuk meminang bakal isterinya.
“Mak,, Idham ni,, Am ada hajat ni nak bagitahu mak..” Idham terus bersuara sebaik sahaja telefonnya di jawab tanpa memberi salam.
“ Kalau ye pun,, beri la salam dulu..” terdengar suara ibunya disana. “apa-apa saja lah anak teruna aku n...i” omel ibunya lagi.
“Am tak sabar nak bagitahu ibu ni”
“Apa yang penting sangat ni Am?” duga ibunya.
“Am nak mak pergi pinangkan seseorang untuk Idham.. Idham nak kahwin dengan dia...” Tanpa segan silu Idham terus berterus-terang.
“Alhamdulillah,, akhirnya makbul juga doa mak nak dapat cucu.. Sekarang juga mak siapkan rombongan meminang..Tapi kamu nak mak pinang siapa? Siapa bakal menantu mak ni?” Ibunya pula yang tidak sabar-sabar mengetahui bakal menantunya.
“Nama dia Irah mak.. Irah” Idham mengulangi dua kali.
“Irah?? Irah tunang arwah adik kamu ke?” ibunya menduga lagi ingin kepastian.
“Ye mak..” Idham mengiyakannya.
“Kamu gila ke nak kan tunang adik kamu?? Belum sampai sebulan adik kamu pergi,, kamu dah minta macam ni..”Ibunya memarahinya. Mahu saja luruh jantungnya mendengar permintaan anaknya yang baginnya tak masuk akal. Mendengar anaknya yang ingin berkahwin sangat memgembirakan dirinya. Tapi calon yang dipilih oleh anaknya itu membuatkan dirinya berasa serba salah. Tanah kubur adik sendiri masih lagi merah sudah minta perkara begini.
“Mak dengar dulu penjelasan Am ni...” Idham menjelaskan semua perkara tentang dia, Irah dan Adli kepada ibunya. Dari awal hingga ke akhir. Akhirnya, dengan berat hati, ibunya memenuhi permintaanya dan ibunya berjanji akan meminang Irah pada minggu hadapan selepas Idham pulang ke kampung.
Irah? Irah langsung tidak mengetahui rancangan Idham ingin meminangnya sehinggalah rombongan meminang datang ke rumahnya. Dengan linangan air mata, Irah menerima lamaran Idham dan akhirnya mereka bertunang dan akan berkahwin pada tarikh yang mereka tetap kan iaitu pada hari yang sepatutnya Adli dan Irah di ijab kabulkan. Bila tarikh itu menjelma, akhirnya mereka telah di satukan menjadi pasangan suami isteri. Inilah jodoh dan ketentuan dari illahi.
“Bang.. Abang cakap masa abang nak tunang dengan sayang dulu,, masa tu kan abang tengah bercouple dengan Anas.. Macam mana abang buat pilihan masa tu...” Irah dan Idham telah 5 tahun berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel,,dinamakan Adli Amri bin Zafrul Idham yang kini berusia tiga tahun.
“Sebelum abang buat pilihan dulu tu.. Abang pergi jumpa dengan Anas.. Abang ceritakan segala-galanya pada Anas.. Anas bagitahu abang,, suruh abang terima Irah kerana ibubapa Anas dah menjodohkan Anas dengan anak kenalan mereka.. Anas tahu rancangan ibubapanya ketika dia dan bakal tunangnya hampir melangsungkan pertunangan. Ibubapa Anas juga tak terima abang kerana mereka kan orang kaya.. Masakan diorang nak bermenantukan orang kampung macam abang.. Low class lah..Anas pula terpaksa akur dengan permintaan keluarga mereka...” Idham mencium dahi isteri kesayangannya itu.
“Huwaaa..”
Perbualan dan ingatan mereka tentang masa lalu mereka terhenti apabila mendengar tangisan anak hasil cinta mereka. Di peluk ciumnya anak mereka dengan penuh kasih sayang. Anaknya lah yang menjadi penyeri rumah tangga mereka.
“Ibu,, abah.. Adli nak minum.. Dahaga..” Adli Amri, anak mereka sangat petah berkata-kata meminta air. Nama itu di beri sempena nama adiknya Adli dan Amri, anak pemandu teksi yang telah mendermakan buah pinggangnya kepada Irah. Kerana adanya mereka, cinta Idham dan Irah kembali bersatu.
“oosom”
“Abang kalah, abang pergi buat air untuk anak kita” Irah ketawa melihat gelagat suaminya yang masam mencuka terpaksa buat air.
“Ye lah,, abang pergi buat air.. Jom sayang,, ikut abah.. Kita tinggal ibu kat sini sorang-sorang..” Idham mendukung anaknya ke dapur sambil menjelir lidah kea rah isterinya yang sedang ketawa. Bahagianya hidup mereka. Tambah lagi Irah yang sedang mengandungkan anak kedua mereka.
“Abang.. Sakit.. Sayang rasa anak kita dah nak kuar dah ni...” Irah menjerit memanggil Idham yang ketika itu masih lagi berada di dapur. Idham melulu kearah isterinya.
“Mak kenapa ni abah..” Adli bertanya.
“Adli, nanti Adli dapat lagi seorang adik baru taw..” Idham tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
“Abang ni. Orang tengah sakit nak beranak ni, boleh pula dia senyum lagi.. Cepatlah abang.. Sakit ni!!” Irah geram melihat Idham masih sempat lagi melayan kerenah anak mereka.
“yelah.. Jom kita ke hospital sekarang...” Idham segera memapah isterinya.
No comments:
Post a Comment