Aku seorang gadis kampung,
berpewatakkan pendiam dan pemalu tapi seorang yang suka bergaul. Aku tidaklah
secantik teman-temanku tetapi aku mempunyai gaya tersendiri yang mampu menarik
minat sang kumbang. Kulit ku hitam manis, tinggi lampai dan bertubuh sederhana.
Bagiku fizikal yang di jadikan olehNya tidak perlu menjadi persoalan dan titik
pemilihan . Biarlah sifat dan kesopanan menjadi tarikan.
“Umur kau dah nak masuk 28 tahun,
bila kau nak kahwin ni? Takkan kau masih tak da calon lagi, mak teringin sangat
nak dapat cucu”
Itulah leteran yang selalu
keluar dari mulut ibuku jika aku pulang ke kampung. Oh ya, aku kini sedang
bekerja di salah sebuah syarikat di Johor. Jawatan aku tidaklah setinggi mana
kerana aku hanya belajar setakat diploma tetapi gajiku cukup untuk aku
menampung keperluan hidup aku dan juga keluargaku. Ayahku sudah lama meninggal
dunia ketika aku mula menjejakkan kaki ke gerbang universiti. Aku mempunyai
seorang abang dan empat orang adik yang masih bersekolah. Itulah serba sedikit
tentang aku.
“Alaa mak ni. Bila saya balik
je, mesti cakap pasal kahwin. Kahwin. Kahwin.” ini lah yang membuatkan aku
malas sangat untuk pulang ke kampung.
“Kau tengoklah umur kau tu da
berapa? Nak ke aku jadi andartu. Kawan-kawan yang sebaya kau semua dah kahwin,
beranak dua da pun. Kau ni bila plak lagi”
Aku memang pantang mendengar
kalau ibuku menyebut anak dara tua. Memang benar rakan-rakan seusiaku yang
bersekolah bersamaku dulu semuanya sudah berkahwin. Hanya aku yang masih membujang.
Calon pun tak ada lagi.
“Bila dah besar nanti, aku
nak kahwin dengan pilot.” Aku berkata dengan riak wajah kemegahan memandang
teman-teman sekolah ku. Kawan-kawan ku ketawa mendengar biat bicara yang keluar
dari mulutku.
“Cikgu, bila besar nanti,
Zairah nak kahwin dengan pilot.” kawanku, Anisah memberitahu guru ketika kelas
Bahasa Melayu sedang berlangsung tentang cita-citaku itu diikuti gelak ketawa
oleh rakan sekelas. Malu aku ketika itu tidak terkata. Aku menahan bara
kemarahan yang teramat. Jika bukan di kelas, sudah tentu aku mencubitnya
bertubi-tubi.
“Bagus Zairah. Cikgu sokong
cita-cita kau itu. Yang lain-lain jangan gelak lagi. Tidak salah Zairah
mempunyai cita-cita begitu kerana semua orang pasti mengimpikan sesuatu. Dulu
pun cikgu bercita-cita menjadi pilot juga tapi oleh kerana result SPM cikgu
kurang memberangsangkan, cikgu tak dapat melanjutkan pelajaran di bidang itu.
Jadi anak-anak murid cikgu, kalau nak berjaya kenalah bersungguh-sungguh
bermula dari sekarang.” Cikgu Firdaus memujiku dan menasihati kami.
Perasaan malu bertukar
menjadi bangga. Aku memandang Anisah dengan perasaan bangga dan mencebik mulut
kearahnya. Anisah tunduk tidak puas hati kerana tidak dapat mengenakan aku
malah aku di puji pula oleh cikgu Firdaus.
Kata-kata sewaktu aku masih
di bangku sekolah rendah sentiasa aku ingati. Dan kerana itulah aku tidak
berkahwin sehingga sekarang.
“mak ni, abang long kan dah
kahwin.suruhlah menantu mak tu bagi cucu kat mak.”
“Isteri abang long kamu tu
tak boleh beranak.” mak meninggikan suaranya. Mungkin mak berang dengan
kata-kata aku tadi.
“Kalau tak boleh, suruhlah
abang long kahwin lagi satu. Kan abang long tu mampu.”
“Eh budak ni, kesitu plak
dia. Kalau kamu yang dimadukan, kamu nak ke?”
“Eh zairah. Bila kamu balik?
Mana suami kamu? Ke tak jumpa lagi abang pilot.” Anisah ketawa terbahak-bahak
ketika aku terserempak dengan dia di pekan tempoh hari.
Aku hanya tersimpul malu.
Merah padam muka aku di buatnya. Sudah lah suaranya bila bercakap kuat, pendek
kata, 1km pun boleh dengan suaranya. Tak perlu pakai mikrofon. Si Anisah ni
dari kecil tak habis-habis nak sakat aku. Dia sekarang dah pun bersuami dan
beranak dua.
“Kau tengok lah nanti, aku
akan kahwin dengan pilot. Masa tu kau dah tak boleh gelakkan aku lagi. Biar
padan muka kau” aku bermonolog di dalam hati. Tak berani aku meluahkan
kata-kata itu, kan nanti aku tak jadi kahwin dengan abang pilot, niaya aku.
Aku yang malas mendengar lagi
bebelan mak terus masuk ke bilik. Aku mengunci pintu dari dalam. Aku baring ke
kiri ke kanan. Inilah perkara yang membuat aku bosan apabila pulang ke kampung.
Nasib baik cuti kali ini tidak lama. Hanya tiga hari saja. Tiga hari saja pun
boleh membuat aku jadi gila. Aku tersenyum sendirian.
“Bahagiakah aku dengan cara
hidupku sekarang? Kawan-kawan semua da kahwin. Aku je belum lagi. Tak nak aku
jadi andartu. Kerjaya aku da ada, hanya suami je yang belum ada lagi. Cemburu
juga aku bila tengok si Ani tu sekarang, pergi kerja suami hantar, balik kerja
suami jemput. Aku ni je pergi sendiri balik sendiri. Kan best kalau aku dapat
jumpa abang pilot, pastu dia mengorat plak aku. Sah-sah aku terima. Senang
hidup aku. Tapi yang susahnya kat mana aku nak cari abang pilot ni. Kapal
terbang pun aku tak pernah naik. Jangan katakan nak naik kapal terbang, airport
pun aku tak pernah jejakkan kaki. Hurmm.” aku berfikir dan berangan-angan
sehingga aku tertidur.
************************************************************************************************************
Hari ini aku akan mula
bertugas seperti biasa setelah bercuti. Lega rasanya bila sudah berada di rumah
sendiri. Tak perlu lagi setiap hari aku mendengar bebelan ibuku yang topiknya
sentiasa sama. Kahwin! Kahwin! Kahwin!!
“Baru
pukul 5 pagi, masih awal lagi ni. Tidur lah dulu. sekejap lagi aku bangun” aku
tidur kembali menanti jam 6 pagi. Oleh kerana kepenatan, aku terus lena. Baru
sahaja semalam aku bertolak dari kampungku ke sini.
“Alamak,
dah pukul 7 pagi. Matilah aku kali ni.” Aku terus meloncat dari katil. Segera
aku mandi. Nasib baik aku sudah mengosok
baju ku semalam dan itu lah yang menjadi rutin harianku. Sesudah bersiap terus
aku menghidupkan enjin kereta dan memecut di jalanan.
“Jalan
jem lah plak. Nampak gaya memang lambat lah aku sampai hari ini” aku mengeluh
panjang. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, segera aku memecutkan kereta.
“Dummmn..”
Aku
terlanggar kereta seseorang. Empunya kereta seorang lelaki berbadan sasa
berkaca mata gelap keluar dari keretanya.
“Habislah
aku kali ni.” Air muka ku berubah kepucatan. Lelaki itu mengetup pintu kerata
ku. Segera aku keluar.
“Ma..
ma.. maaf encik. Saya tak tak se.. sengaja.” aku tergagap-gagap.
“Lain
kali kalau memandu tu berhati-hatilah. Tengok sekarang apa dah jadi. Kereta
saya macam mana sekarang, siapa nak baiki”
“Saya
akan bayar. Berapa ganti ruginya?” aku mula berani bersuara. Lelaki di
hadapanku memang berlagak. Riak wajahnya yang bersahaja membuat aku bertambah
berang. Macam besar sangat salahku pada dia.
“Eh,
kamu zairah kan?” tetiba sahaja dia menyebut namaku membuat ku kaget. Aku hanya
diam membisu tanpa mengiyakannya.
“Kau
dah tak kenal aku lagi ke zairah? Wah, dah bertambah cantik kau sekarang”
tokoknya lagi.
“Kamu
ni siapa? Saya tak kena encik.” Aku kehairanan. Siapa entah dia ni, kenal aku
plak. Seingat aku tak ada kawan aku berwajah seperti pemuda ini. Famous juga
aku ni.
“Kau
dah tak ingat aku lagi Zairah. Aku ni Amri. Kita kan sekelas masa sekolah
rendah dulu. Tak kan kau dah tak kenal aku lagi.” pemuda itu memperkenalkan
dirinya.
“Engkau
Amri.” aku tergamam tidak percaya.
“Ye.
aku Amri. Aku lah budak yang.” dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun
rapi.
“Maaf
Amri. Aku terpaksa pergi dulu. Aku dah lewat nak masuk kerja ni.” Aku terus
berlalu pergi tanpa Amri sempat menghabiskan kata-katanya. Aku juga belum
membayar ganti ruginya.
Aku
masih seakan-akan tidak percaya lelaki yang ku terlanggar tadi budak sekelas
semasa aku bersekolah rendah. Wajahnya sekarang semakin kacak. Kalau masa kecil
dulu, wajahnya sangat comot dan berbaju lusuh. Dia berasal dari keluarga yang
susah. Dia telah kematian ayahnya ketika dia baru berusia 2 tahun. Aku memang
selalu mengejeknya kerana pakaiannya yang lusuh tetapi Amri tidak pernah
memarahiku. Namun begitu, Amri seorang pelajar yang pandai dan dia lah yang
selalu mengungguli tempat pertama di dalam kelas. Aku juga selalu meniru buku
latihannya jika aku tidak dapat siapkannya sendiri.
“sudah
semakin kacak kau sekarang Amri. Sudah tentu ramai gadis-gadis di luar sana
yang tergila-gilakan kau. Entah-entah kau sekarang dah bekeluarga.”
Malam
terasa tersangat sepi dan panjang bagiku. Ingin mengajak teman-temanku keluar
rasanya tidak ada seorang pun yang mahu mengikutiku. Sudah tentulah mereka nak
berkepit dengan suami mereka.
“bilakah
agaknya aku nak ada suami ni? Bosannya hidup begini. Tapi, tak apa lah. Selagi
tak dapat pilot, selagi tu aku takkan kahwin. Muktamad” fikirku sambil
tersenyum sendirian.
Lagu
gemersik kelabu bermain-main di handphoneku.
“siapa
plak yang kol memalam ni. Mengganggu orang aje lah” aku bingkas bangun
mengambil handphone ku. Aku tidak mengenali nombor yang menghubungiku ini.
Segera aku menjawab.
“hello,
siapa ni?”
“hello,
zairah ke tu?”
“ye,
saya di sini”
“ni
aku Amri. Ko free tak hujung minggu ni? Jom jumpa. Da lama kita tak jumpa”
“kat
mana?”
“kat
danga bay. Pukul 8 malam. Hari sabtu. Ok?”
“ok.”
Aku terus mematikan kol.
Aku
juga kehairanan dari mana Amri mendapat nombor handphone ku, tetapi aku
membiarkan saja pertanyaan itu. Tak pula aku ingin bertanyanya. Nanti pun aku
boleh bertanyakan hal itu.
************************************************************************************************************
Seperti
yang di janjikan, aku menemuinya. Ternyata Amri memang kacak orangnya.
Berbagai-bagai cerita telah kami kongsikan. Aku dengan Amri telah lama tidak
bertemu semenjak menamatkan sekolah rendah. Amri melanjutkan pelajaran ke MRSM,
manakala aku hanya bersekolah menengah di kampung.
Tambah
pula, selepas itu Amri berpindah ke rumah baru yang jauh dari kampung kami
setelah ibunya berkahwin lain. Sejak itu lah kami tidak pernah bertemu lagi.
Amri menceritakan padaku yang dia sekarang bekerja sebagai pemandu sehinggalah
ke bab perkahwinan.
“kau
sekarang da kahwin ke Irah? Nanti marah plak suami ko bila tahu ko kuar dengan
laki malam-malam ni”
“eh,
tolong sikit. Aku masih single lagi tau. Ko tu sekarang, anak da berapa da?”
aku mengenakannya kembali.
“aku
memang da ramai anak da sekarang. Da ada tiga orang da tapi tak beribu” Amri
mengeluh panjang.
Aku
menjadi serba salah dengan pertanyaanku tadi. Da ada tiga anak, tapi tak
beribu? Isteri Amri sudah meninggalkah? Tambahku serba salah bila wajahnya
berubah sedih.
“maaf.
Aku tak tahu. Ko bersabar ye.” hanya itu aku yang mampu ku ungkapkan.
“Hahaha..”
tiba-tiba Amri ketawa.
“aku
masih belum kahwin lagi lah. Macam ko juga. Yang anak aku tiga orang tu anak
hamster lah. Ibunya mati selepas melahirkan anak-anaknya itu.” Amri
tersengih-sengih. Berang aku di buatnya.
“kenapa
kau tak kahwin lagi sekarang? Tak kan perempuan yang secantik kau tak da jejaka
yang nak. Ke masih belum jumpa abang pilot yang ko idam-idamkan itu?” pedas
sungguh kata-kata Amri kepadaku. Masih ingat lagi dia akan cita-citaku itu. Aku
tersenyum tawar.
Pertemuanku
pada kali itu membawa kepada pertemuan yang seterusnya. Aku dan Amri semakin
rapat. Oleh kerana, kami berdua masih bujang, aku dan dia sering kali keluar
bersama pada hujung minggu.
************************************************************************************************************
Masa
berlalu begitu pantas. Kini telah tiga bulan kami berdua rapat. Hari minggu
sudah tentu kami bertemu.
“irah,
aku nak tanya kau sesuatu boleh?” matanya memandang mukaku membuat aku jadi
tidak selesa.
“Tanya
apa? Macam serius je ni”
“tapi
ko jawab jujur ye. Ape pendapat ko tentang aku??”
“Bagi
aku ko seorang yang baik, handsome, yang paling penting sekali ko kawan aku
dunia akhirat” jawab aku selamba. Jawapan aku membuat air muka Amri tetiba
berubah muram.
“hurmmm”
“kalau
aku suka ko bagaimana? Aku amat menyayangimu.sebenarnya sudah lama aku mencari
mu, tapi kini baru aku temui mu” pertanyaannya membuatku tersentak. Selama ini aku
tidak pernah memikirkan semua itu.
“Aku
tak dapat terima ko. Maafkan aku”
Aku
terus bangun hendak berlalu pergi. Amri cuba menarik tanganku, namun aku segera
melepaskan tanganku dari gengaman tangannya. Amri menjerit memanggil namaku,
namun aku terus berlalu pergi tanpa menoleh dirinya lagi.
“egokah
aku kepada Amri kerana menolak cintanya demi impianku itu. Aku nak abang pilot,
bukan abang pemandu” aku mengeluh panjang. Keputusan ku muktamad. Aku tetap
inginkan abang pilot.
Aku
memandang di sekeliling bilikku. Tertampal gambar-gambar kapal terbang,
pilot-pilot yang aku sendiri pun tidak kenali. Aku semamangnya terlalu obsess
dengan impianku itu.
***********************************************************************************************************
Sedang
aku sibuk menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat, aku tiba-tiba
mendapat panggilan telefon daripada ibuku menyuruhku segera pulang ke kampung.
Katanya ada hal mustahak. kali terakhir aku balik kampung empat bulan yang
lalu. Berbagai persoalan bermain di mindaku. Apakah hal mustahak yang ibuku
hendak bagitahuku sehingga menyuruh ku segera pulang. Adakah ibuku sakit? Aku
sendiri sudah lama tidak bertanya khabar dan menelefon ibuku.
Petang
itu juga setelah habis kerja aku terus pulang ke kampung. Setibanya dia
kampung, aku melihat kereta abang long ku juga ada di parkir. Perasaan cemas
tiba-tiba menyelubungi diriku. Kepulangan
kali ini membawa berita yang sangat mengejutkan aku. Hampir pengsan aku
di buatnya.
“mak,
tolak la pinangan dia, saya tak nak lah kahwin lagi buat masa sekarang”
“kau
jangan nak jadibodoh. Sampai bila ko nak membujang. Orang lain semua da
bersuami. Elok-elok orang da masuk meminang, ko nak tolak plak” bebelan ibuku
membuatkan keadaan semakin dingin.
Campur
tangan oleh abang long ku membuatkan keadaan semakin tegang. Ini membuatkan aku
bertambah berang.
“saya
tak kira mak. Saya tak nak kahwin.. saya tak nak kahwin. Kalau mak nak sangat,
mak aje lah kahwin dengan dia” aku terus membantah dan terus masuk bilik. Aku
menghempas pintu dengan sekuat hati tanda protes. Ini soal hidup dan matiku.
Aku tidak suka orang lain yang menentukannya.
“kau
setuju ke tak ke, mak tak kira, kau mesti kahwin juga dengan dia” mak aku
menjerit dari luar.
Amri
sedikit pun tidak memberitahu aku yang dia bawa rombongan meminang aku. Setelah
kami bergaduh tempoh hari, aku tidak menemuinya lagi. Dia ada juga
menghubungiku namun panggilannya tidak pernah ku jawab.
“hahaha.
Ni abang pilot yang kau impikan selama ini. Abang pilot ke abang pemandu datuk?
Hahaha..” aku terbayangkan Anisah akan mentertawakan aku jika dia tahu akan hal
ini.
Aku
tidak boleh membiarkan semua ini terjadi. Buah kemarahanku semakin memuncak atas
perbuatan Amri. Tambahan pula dengan amaran ibuku yang menyuruhku menerima
pinangan Amri membuatku semakin berang.
Aku
segera menelefon Amri. Aku perlu ketemu dengannya sebelum terlambat. Aku perlu
selesaikan semua ini dengan segera. Setelah membuat temujanji, aku terus
memutuskan talian. Aku tidak ingin mendengar suaranya. Aku terlalu bencikan
akan Amri.
Jika
ibuku terus mendesak, sanggupkah aku menerima Amri? Sanggupkah aku mengorbankan
impianku sedari kecil lagi? Sanggupkah aku di tertawa oleh Anisah?
Seperti
hari yang di janjikan, aku pergi menemui Amri. Aku kelewatan tiba di sana 15
minit lebih berikutan jalan yang sesak kerana ada kemalangan jalan raya. Namun
Amri tidak ada di situ. Puas aku menunggu ketibaannya, Amri masih tidak
muncul-muncul juga.
“Adakah
Amri telah datang dan pulang kerana aku lewat sampai.. hurmm.. tak mengapalah..
aku tunggu lagi setengah jam.. kalau dia tak sampai lagi.. aku balik je la..”
Berbagai-bagai
kenangan antara aku dan Amri bermain-main di fikiranku. Ketika kami kecil
sehingga lah sekarang. Pernah satu ketika aku tumpahkan bekal nasi yang Amri
bawa. Tanpa rasa bersalah, aku tidak sedikit pun meminta maaf kepadanya. Aku
tidak juga menawarkan bekal yang aku bawa. Amri hanya memandang lesu melihat
aku makan dengan berselera dengan teman-teman yang lain. Suhana yang telah
menawarkan Amri makan bersamanya. Aku sememangnya tahu Suhana memang meminati
Amri.Suhana sekarang telah pun berkahwin, tetapi tak pula dengan Amri.
Tetiba
lagu di handphone ku berdendangan menandakan ada panggilan masuk. Panggilan itu
dari nombor Amri.
“Ni
Cik Zairah ke?” kedengaran suara lelaki di hujung talian.
“ya,
ni saya. Siapa yang bercakap di sana?” perasaan bimbang mula menyelubungi
diriku. Kenapa orang itu menghubungiku menggunakan telefon bimbit Amri. Amri
juga masih tidak muncul-muncul sehinga kini.
“saya ada berita nak di sampaikan tentang
Amri” aku semakin cemas.
“Saya
berharap Cik boleh bersabar. Amri tadi terbabit dalam kemalangan. Sekarang dia
berada di Hospital Sultanah Aminah” berita yang di sampaikan itu membuat aku
tersangat terkejut.
Tanpa
banyak bicara aku terus mematikan talian. Segera aku memecutkan kereta ke
hospital. Aku
ingin
segara melihat keadaan Amri. Perasaan bersalah menyelubungi diriku. Apakah
mungkin kerana aku terlalu berkasar menyebabkan emosi Amri terganggu dan dia
terbabit dalam kemalangan? Apakah keadaan Amri sekarang? Teruk kah dia? Atau?
Ya Tuhan, jauhkanlah segala yang buruk berlaku kepada Amri.
Setibanya
aku di sana, Amri masih di bilik rawatan. Aku masih belum dibenarkan untuk
melihat keadaannya. Sudah 2 jam lebih aku menunggu Amri di keluarkan. Doktor
yang merawat Amri juga masih tidak keluar. Aku semakin bimbang akan keadaan
Amri.
Seorang
doctor yang merawat Amri sudah keluar. Segera aku mendapatkan doctor tersebut
untuk bertanya akan keadaan Amri. Mujurlah Amri hanya patah kaki. Syukurlah
keadaannya terkawal dan tidak parah. Setelah Amri di bawa keluar dan di
tempatkan di wad, aku segera pergi menjenguk keadaannya. Tidak ada seorang pun
ahli keluarga Amri ketika itu. Mungkin mereka belum sampai.
“maafkan
aku kerana aku menghantar rombongan meminang tanpa memberitahu kau. Aku...”
Amri bercakap antara dengar dan tidak.
“tak
usahlah kau bercakap tentang semua itu sekarang. Kau perlu banyak berehat.” Aku
mematikan kata-kata Amri.
“Assalamualaikum”
tetiba suara memberi salam mengejutkan kami berdua. Aku memalingkan muka ke
arah muka pintu.
Terlihat
beberapa orang berjaket hitam dan ada seorang daripada mereka menggalas kamera
di bahu. Di sebelah mereka berdiri seorang pemuda yang segak berpakaian seperti
pilot. Amri menyambut tangan yang di hulurkan lelaki yang berpakaian pilot.
Mereka sangat mesra seperti telah lama kenal. Diriku tertanya-tanya siapakah mereka.
“kami
wartawan dari Berita Harian ingin membuat liputan tentang kemalangan yang
berlaku ke atas Kapten Amri” salah
seorang pemuda yang berjaket hitam memberitahu tujuan mereka ke sini.
Baru
kini aku tahu yang sebenarnya Amri adalah seorang pilot. Bukan pemandu kereta
yang selama ini aku fikirkan. Aku sendiri tidak pernah bertanya Amri apa yang
dipandu olehnya. Aku hanya membatu
mendiamkan diri di satu sudut sambil melihat Amri rancak ditemuramah oleh wartawan. Malu tidak tertahan olehku. Sesekali
Amri memaling muka ke arahku. Namun dia lebih mesra berbual dengan tetamu itu
seperti aku tidak wujud di situ.
“saya
ada suatu berita untuk di umumkan.” Amri tiba-tiba bersuara dan jelas
kedengaran oleh kedua-dua telingaku. Semua mereka terpegum menantikan apa yang
bakal di umumkan oleh Amri termasuk diriku.
“irah. Ke sini kejap” amri memanggilku kearahnya. Jantungku mula berdengup kencang.
“sebenarnya
apa yang saya nak umumkan ni ada kaitan dengan soal kehidupan saya. Saya ingin
kamu semua menjadi saksi atas sebuah perhubungan yang bakal terbina. Irah,
sudikah kamu menjadi suri di taman hati ini”
Aku
kaku. Hanya linangan air mata membasahi pipiku. Amri menghulurkan sebentuk
cincin kepada ku. Hadirin bersorak bertepuk tangan. Ada suara yang menyuruh aku
menerima Amri. Aku masih kaku tanpa sebarang kata.
Aku
mahu lari sejauhnya dari ruangan ini. Aku terlalu malu kepada Amri. Kerana
keegoanku, aku telah menolak pinangan Amri sebelum ini. Aku melangkah
selaju-lajunya agar aku segera berada jauh dari sini.
Selangkah
lagi aku akan keluar dari wad ini, langkahku terhenti. Tanganku di pegang oleh
seorang wanita. Wajahnya telah berusia
sebaya ibuku. Dia tersenyum memandangku. Setelah ku amati, dia ada lah ibu
Amri. Aku pernah menemuinya ketika dia menghantar Amri ke sekolah.
“terimalah
Amri.” Hanya dua patah perkataan yang terkeluar dari mulutnya. Semakin banyak
air mata ku jatuh.
Dia
memimpin tanganku kearah Amri. Aku pula mengikuti langkahnya tanpa memberontak.
Selepas itu, ibunya dan semua hadirin yang lain keluar. Sekarang hanya aku dan
Amri sahaja yang berada di ruangan wad di bilik itu.
“aku
malu” hanya itu yang mampu ku luahkan kepada Amri. Air mataku mengalir laju.
************************************************************************************************************
Kini
telah 2 minggu aku dan Amri bernikah.
Amri pernah memberitahu ku yang dia telah meminati aku sejak kecil lagi.
Oleh kerana aku menyimpan impian untuk berkahwin dengan pilot, Amri telah
belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pilot agar dia
dapat mengahwiniku.
“sayang
abang macam mana sekarang, dapat ke kahwin dengan abang pilot. Abang ni pemandu
kereta biasa je” amri menjeling kearah ku. Terukir senyuman di bibirnya.
Aku
tertunduk menahan kata-kata pedas suamiku itu. Aku cubit lengannya tanda marah.
Amri hanya tergelak melihat telatahku.
“sayang
nanti nak honeymoon kat mana?” amri bertanya ku.
“sayang
nak gi London. Sayang nak tengok menara condong yang jadi kemegahan tu” aku
merengek manja.
Sebetulnya,
selepas kami berkahwin, kami tidak pernah lagi berbulan madu. Selepas sahaja
dua hari akad nikah dan bersanding, Amri memulakan kerjanya. Seminggu dia di
Australia dan baru semalam dia pulang. Nasib aku lah baru sahaja bernikah dah
di tinggalkan suami. Semua kerana abang pilot yang aku impi-impikan itu.
“anisah,
sekarang kau tak boleh nak kenakan aku lagi. Aku dah dapat abang pilot” itulah
kata-kata yang akan aku keluarkan jika terjumpa Anisah. Anisah tidak dapat
datang semasa kenduriku kerana mengikuti suaminya bertugas diluar negeri. Aku
tersenyum puas.
*************************************************TAMAT**************************************************
boleh komen kah? hehe....if possible lah kan, klw bole make something different. idea dah ada, tpi terlalu common...btw, smoga sucess berkarya...wish 4me d same thing....kbye
ReplyDelete