Wednesday, 24 July 2013

..............AKU DAN BIDANG TERJUNKU.........

Lama da aku tak update blog nie.. bersawang-sawang da.. sibuk sikit sekarang ni.. sebab sekarang aku da sambung belajar semula.. sebenarnya da abis da pun 2 sem..tengah tunggu result exam sem 2 je ni... da nk masuk semester 3 lagi kurang tak sampai 1 ½ bulan.. hehe.. bila da belajar ni rase mls nak update.. tak da masa.. busy je memanjang..

Oh ye.. aku sekarang da tukar cos lain.. kalau dulu aku amik Diploma in Medical Imaging, tapi sekarang aku da tukar ke bidang Applied Science plak.. aku amik Degree in Science (Hons) Physics.. bukan aku nak tukar tapi da rezeki aku kat situ agaknya, belajar je la..

Alhamdulillah, setakat nie aku boleh bawa lagi bidang baru yang aku sayang 2.. (ye ke aku sayang.. hahaha).. Result sem 1 pun dapat dekan..(nak bangga la 2.. haha)..

Bukan aku nak bangga pun,, cuma aku rasa puas hati dengan usaha aku selama ni, orang duk kata aku macam2, korang masuk cos ni basic xda, macam2 la lagi yang merobek semangat aku.. sedap ati aku dengar
.. haha.. tp aku boleh bukti kan kat dorg budak yang tak da basic ni pun boleh dapat dekan.. korang macam mana??

Tapi aku tak lupa juga kat teman2 seperjuangan yang da banyak tolong aku, bg semangat dan lecturer aku yang sanggup mengajar budak yang takda basic ni dari A sampai Z.. Family aku juga.. dan orang yang selalu di hati aku juga.. (hmmm..hahaha)..

Mungkin 1st dapat result dan dapat dekan, memang gembira tak terkira lah.. nak je aku bagitahu satu dunia,, tapi kegembiraan tu bersifat sementara je.. sebab mungkin sem ni aku boleh buat yang terbaik tapi sem2 depan belum tahu lagi kan.. so, jangan lah bangga sangat.. (kata kat diri sendiri je ok.. huhu)..

Bagi aku yang penting usaha, doa dan tawakal.. dan jangan sesekali mudah putus asa (walau kadang2 aku sendiri pun macam tu juga.. haha).. pedulikan lah apa orang nak kata.. biar lah apa pun diorang nak kata sebab dorg nak pelempang dari aku agaknya.. haha..(gurau je)..

Ingat tu yang penting USAHA, DOA DAN TAWAKAL..

DOA TANPA USAHA ITU BOHONG...

USAHA TANPA DOA ITU SOMBONG!!!



Hati merintih, otak menganalisis, tangan menari: IRAH MI

Thursday, 12 July 2012

::INDAHNYA SEBUAH DOA::


Berhajatlah hamba akan sesuatu,
Berusahalah hamba sehabis kudrat,
Bersekam mata memerah keringat,
Mengharapkan impian jadi harapan..

Berusaha dan terus berusaha,
Tak kenal erti lelah,
Selagi terdaya selagi mencuba,
Jauh sekali putus asa..

Tidak dilupakan sebuah doa,
KepadaNya hamba memohon,
Hamba yang berserah kepada TuanNya,
Yakinlah ia pasti impian jadi kenyataan..

YA ALLAH, hamba berdoa pada kekuasaanMu,
Kau jadikanlah impianku menjadi kenyataan,
Aku hambaMu hanya mampu berusaha,
Takkan ku perolehi tanpa RestuMu..

Hamba ini terus berusaha dan berdoa,
Meletakkan segala harapan pada kekuasaanNya,
Hanya Dia yang Maha Mengetahui,
Apa yang terbaik untuk hambaNya ini..

Hamba ini terus meminta dan reda,
Menantikan ia penuh harapan,
Keajaiban dari PenciptaNya,
Adakah impiannya kan tercapai,
Atau diberi gantian yang lain,
Dari Dia yang Maha Mengetahui..

Hamba ini sangat gembira,
Hati tenang dan tenteram,
Dia tahu Maha Perancang pasti memberi yang terbaik buatnya,
Setelah hamba berserah kepadaNya,
Begitulah indahnya sebuah doa...


Hati Merintih, Otak Menganalisis, Tangan Menari: Irah Mi

Tuesday, 19 June 2012

TEKA TEKI IMAM GHAZALI



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? 
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru " 
Murid 3 = " Teman " 
Murid 4 = " Kaum kerabat " 

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Negeri Cina " 
Murid 2 = " Bulan " 
Murid 3 = " Matahari " 
Murid 4 = " Bintang-bintang " 

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". 

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 
Murid 1 = " Gunung " 
Murid 2 = " Matahari " 
Murid 3 = " Bumi " 

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). 
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." 

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? " 
Murid 1 = " Baja " 
Murid 2 = " Besi " 
Murid 3 = " Gajah " 

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Kapas" 
Murid 2 = " Angin " 
Murid 3 = " Debu " 
Murid 4 = " Daun-daun" 

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " 

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " 
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " 

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.."




p/s: copy paste je ni.. semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dari teka teki Imam Ghazali..

Thursday, 24 May 2012

KERANA ABANG PILOT


Aku seorang gadis kampung, berpewatakkan pendiam dan pemalu tapi seorang yang suka bergaul. Aku tidaklah secantik teman-temanku tetapi aku mempunyai gaya tersendiri yang mampu menarik minat sang kumbang. Kulit ku hitam manis, tinggi lampai dan bertubuh sederhana. Bagiku fizikal yang di jadikan olehNya tidak perlu menjadi persoalan dan titik pemilihan . Biarlah sifat dan kesopanan menjadi tarikan.

“Umur kau dah nak masuk 28 tahun, bila kau nak kahwin ni? Takkan kau masih tak da calon lagi, mak teringin sangat nak dapat cucu”

Itulah leteran yang selalu keluar dari mulut ibuku jika aku pulang ke kampung. Oh ya, aku kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Johor. Jawatan aku tidaklah setinggi mana kerana aku hanya belajar setakat diploma tetapi gajiku cukup untuk aku menampung keperluan hidup aku dan juga keluargaku. Ayahku sudah lama meninggal dunia ketika aku mula menjejakkan kaki ke gerbang universiti. Aku mempunyai seorang abang dan empat orang adik yang masih bersekolah. Itulah serba sedikit tentang aku.

“Alaa mak ni. Bila saya balik je, mesti cakap pasal kahwin. Kahwin. Kahwin.” ini lah yang membuatkan aku malas sangat untuk pulang ke kampung.

“Kau tengoklah umur kau tu da berapa? Nak ke aku jadi andartu. Kawan-kawan yang sebaya kau semua dah kahwin, beranak dua da pun. Kau ni bila plak lagi”

Aku memang pantang mendengar kalau ibuku menyebut anak dara tua. Memang benar rakan-rakan seusiaku yang bersekolah bersamaku dulu semuanya sudah berkahwin. Hanya aku yang masih membujang. Calon pun tak ada lagi.

“Bila dah besar nanti, aku nak kahwin dengan pilot.” Aku berkata dengan riak wajah kemegahan memandang teman-teman sekolah ku. Kawan-kawan ku ketawa mendengar biat bicara yang keluar dari mulutku.

“Cikgu, bila besar nanti, Zairah nak kahwin dengan pilot.” kawanku, Anisah memberitahu guru ketika kelas Bahasa Melayu sedang berlangsung tentang cita-citaku itu diikuti gelak ketawa oleh rakan sekelas. Malu aku ketika itu tidak terkata. Aku menahan bara kemarahan yang teramat. Jika bukan di kelas, sudah tentu aku mencubitnya bertubi-tubi.

“Bagus Zairah. Cikgu sokong cita-cita kau itu. Yang lain-lain jangan gelak lagi. Tidak salah Zairah mempunyai cita-cita begitu kerana semua orang pasti mengimpikan sesuatu. Dulu pun cikgu bercita-cita menjadi pilot juga tapi oleh kerana result SPM cikgu kurang memberangsangkan, cikgu tak dapat melanjutkan pelajaran di bidang itu. Jadi anak-anak murid cikgu, kalau nak berjaya kenalah bersungguh-sungguh bermula dari sekarang.” Cikgu Firdaus memujiku dan menasihati kami.

Perasaan malu bertukar menjadi bangga. Aku memandang Anisah dengan perasaan bangga dan mencebik mulut kearahnya. Anisah tunduk tidak puas hati kerana tidak dapat mengenakan aku malah aku di puji pula oleh cikgu Firdaus.
Kata-kata sewaktu aku masih di bangku sekolah rendah sentiasa aku ingati. Dan kerana itulah aku tidak berkahwin sehingga sekarang.

“mak ni, abang long kan dah kahwin.suruhlah menantu mak tu bagi cucu kat mak.”

“Isteri abang long kamu tu tak boleh beranak.” mak meninggikan suaranya. Mungkin mak berang dengan kata-kata aku tadi.

“Kalau tak boleh, suruhlah abang long kahwin lagi satu. Kan abang long tu mampu.”

“Eh budak ni, kesitu plak dia. Kalau kamu yang dimadukan, kamu nak ke?”

“Eh zairah. Bila kamu balik? Mana suami kamu? Ke tak jumpa lagi abang pilot.” Anisah ketawa terbahak-bahak ketika aku terserempak dengan dia di pekan tempoh hari.

Aku hanya tersimpul malu. Merah padam muka aku di buatnya. Sudah lah suaranya bila bercakap kuat, pendek kata, 1km pun boleh dengan suaranya. Tak perlu pakai mikrofon. Si Anisah ni dari kecil tak habis-habis nak sakat aku. Dia sekarang dah pun bersuami dan beranak dua.

“Kau tengok lah nanti, aku akan kahwin dengan pilot. Masa tu kau dah tak boleh gelakkan aku lagi. Biar padan muka kau” aku bermonolog di dalam hati. Tak berani aku meluahkan kata-kata itu, kan nanti aku tak jadi kahwin dengan abang pilot, niaya aku.

Aku yang malas mendengar lagi bebelan mak terus masuk ke bilik. Aku mengunci pintu dari dalam. Aku baring ke kiri ke kanan. Inilah perkara yang membuat aku bosan apabila pulang ke kampung. Nasib baik cuti kali ini tidak lama. Hanya tiga hari saja. Tiga hari saja pun boleh membuat aku jadi gila. Aku tersenyum sendirian.

“Bahagiakah aku dengan cara hidupku sekarang? Kawan-kawan semua da kahwin. Aku je belum lagi. Tak nak aku jadi andartu. Kerjaya aku da ada, hanya suami je yang belum ada lagi. Cemburu juga aku bila tengok si Ani tu sekarang, pergi kerja suami hantar, balik kerja suami jemput. Aku ni je pergi sendiri balik sendiri. Kan best kalau aku dapat jumpa abang pilot, pastu dia mengorat plak aku. Sah-sah aku terima. Senang hidup aku. Tapi yang susahnya kat mana aku nak cari abang pilot ni. Kapal terbang pun aku tak pernah naik. Jangan katakan nak naik kapal terbang, airport pun aku tak pernah jejakkan kaki. Hurmm.” aku berfikir dan berangan-angan sehingga aku tertidur.

************************************************************************************************************
Hari ini aku akan mula bertugas seperti biasa setelah bercuti. Lega rasanya bila sudah berada di rumah sendiri. Tak perlu lagi setiap hari aku mendengar bebelan ibuku yang topiknya sentiasa sama. Kahwin! Kahwin! Kahwin!!

“Baru pukul 5 pagi, masih awal lagi ni. Tidur lah dulu. sekejap lagi aku bangun” aku tidur kembali menanti jam 6 pagi. Oleh kerana kepenatan, aku terus lena. Baru sahaja semalam aku bertolak dari kampungku ke sini.

“Alamak, dah pukul 7 pagi. Matilah aku kali ni.” Aku terus meloncat dari katil. Segera aku  mandi. Nasib baik aku sudah mengosok baju ku semalam dan itu lah yang menjadi rutin harianku. Sesudah bersiap terus aku menghidupkan enjin kereta dan memecut di jalanan.

“Jalan jem lah plak. Nampak gaya memang lambat lah aku sampai hari ini” aku mengeluh panjang. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, segera aku memecutkan kereta.

“Dummmn..”

Aku terlanggar kereta seseorang. Empunya kereta seorang lelaki berbadan sasa berkaca mata gelap keluar dari keretanya.

“Habislah aku kali ni.” Air muka ku berubah kepucatan. Lelaki itu mengetup pintu kerata ku. Segera aku keluar.

“Ma.. ma.. maaf encik. Saya tak tak se.. sengaja.” aku tergagap-gagap.

“Lain kali kalau memandu tu berhati-hatilah. Tengok sekarang apa dah jadi. Kereta saya macam mana sekarang, siapa nak baiki”

“Saya akan bayar. Berapa ganti ruginya?” aku mula berani bersuara. Lelaki di hadapanku memang berlagak. Riak wajahnya yang bersahaja membuat aku bertambah berang. Macam besar sangat salahku pada dia.

“Eh, kamu zairah kan?” tetiba sahaja dia menyebut namaku membuat ku kaget. Aku hanya diam membisu tanpa mengiyakannya.

“Kau dah tak kenal aku lagi ke zairah? Wah, dah bertambah cantik kau sekarang” tokoknya lagi.

“Kamu ni siapa? Saya tak kena encik.” Aku kehairanan. Siapa entah dia ni, kenal aku plak. Seingat aku tak ada kawan aku berwajah seperti pemuda ini. Famous juga aku ni.

“Kau dah tak ingat aku lagi Zairah. Aku ni Amri. Kita kan sekelas masa sekolah rendah dulu. Tak kan kau dah tak kenal aku lagi.” pemuda itu memperkenalkan dirinya.

“Engkau Amri.” aku tergamam tidak percaya.

“Ye. aku Amri. Aku lah budak yang.” dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“Maaf Amri. Aku terpaksa pergi dulu. Aku dah lewat nak masuk kerja ni.” Aku terus berlalu pergi tanpa Amri sempat menghabiskan kata-katanya. Aku juga belum membayar ganti ruginya.

Aku masih seakan-akan tidak percaya lelaki yang ku terlanggar tadi budak sekelas semasa aku bersekolah rendah. Wajahnya sekarang semakin kacak. Kalau masa kecil dulu, wajahnya sangat comot dan berbaju lusuh. Dia berasal dari keluarga yang susah. Dia telah kematian ayahnya ketika dia baru berusia 2 tahun. Aku memang selalu mengejeknya kerana pakaiannya yang lusuh tetapi Amri tidak pernah memarahiku. Namun begitu, Amri seorang pelajar yang pandai dan dia lah yang selalu mengungguli tempat pertama di dalam kelas. Aku juga selalu meniru buku latihannya jika aku tidak dapat siapkannya sendiri.

“sudah semakin kacak kau sekarang Amri. Sudah tentu ramai gadis-gadis di luar sana yang tergila-gilakan kau. Entah-entah kau sekarang dah bekeluarga.”

Malam terasa tersangat sepi dan panjang bagiku. Ingin mengajak teman-temanku keluar rasanya tidak ada seorang pun yang mahu mengikutiku. Sudah tentulah mereka nak berkepit dengan suami mereka.

“bilakah agaknya aku nak ada suami ni? Bosannya hidup begini. Tapi, tak apa lah. Selagi tak dapat pilot, selagi tu aku takkan kahwin. Muktamad” fikirku sambil tersenyum sendirian.

Lagu gemersik kelabu bermain-main di handphoneku.

“siapa plak yang kol memalam ni. Mengganggu orang aje lah” aku bingkas bangun mengambil handphone ku. Aku tidak mengenali nombor yang menghubungiku ini. Segera aku menjawab.

“hello, siapa ni?”

“hello, zairah ke tu?”

“ye, saya di sini”

“ni aku Amri. Ko free tak hujung minggu ni? Jom jumpa. Da lama kita tak jumpa”

“kat mana?”

“kat danga bay. Pukul 8 malam. Hari sabtu. Ok?”

“ok.” Aku terus mematikan kol.

Aku juga kehairanan dari mana Amri mendapat nombor handphone ku, tetapi aku membiarkan saja pertanyaan itu. Tak pula aku ingin bertanyanya. Nanti pun aku boleh bertanyakan hal itu.

************************************************************************************************************
Seperti yang di janjikan, aku menemuinya. Ternyata Amri memang kacak orangnya. Berbagai-bagai cerita telah kami kongsikan. Aku dengan Amri telah lama tidak bertemu semenjak menamatkan sekolah rendah. Amri melanjutkan pelajaran ke MRSM, manakala aku hanya bersekolah menengah di kampung.
Tambah pula, selepas itu Amri berpindah ke rumah baru yang jauh dari kampung kami setelah ibunya berkahwin lain. Sejak itu lah kami tidak pernah bertemu lagi. Amri menceritakan padaku yang dia sekarang bekerja sebagai pemandu sehinggalah ke bab perkahwinan.

“kau sekarang da kahwin ke Irah? Nanti marah plak suami ko bila tahu ko kuar dengan laki malam-malam ni”

“eh, tolong sikit. Aku masih single lagi tau. Ko tu sekarang, anak da berapa da?” aku mengenakannya kembali.

“aku memang da ramai anak da sekarang. Da ada tiga orang da tapi tak beribu” Amri mengeluh panjang.

Aku menjadi serba salah dengan pertanyaanku tadi. Da ada tiga anak, tapi tak beribu? Isteri Amri sudah meninggalkah? Tambahku serba salah bila wajahnya berubah sedih.

“maaf. Aku tak tahu. Ko bersabar ye.” hanya itu aku yang mampu ku ungkapkan.

“Hahaha..” tiba-tiba Amri ketawa.

“aku masih belum kahwin lagi lah. Macam ko juga. Yang anak aku tiga orang tu anak hamster lah. Ibunya mati selepas melahirkan anak-anaknya itu.” Amri tersengih-sengih. Berang aku di buatnya.

“kenapa kau tak kahwin lagi sekarang? Tak kan perempuan yang secantik kau tak da jejaka yang nak. Ke masih belum jumpa abang pilot yang ko idam-idamkan itu?” pedas sungguh kata-kata Amri kepadaku. Masih ingat lagi dia akan cita-citaku itu. Aku tersenyum tawar.

Pertemuanku pada kali itu membawa kepada pertemuan yang seterusnya. Aku dan Amri semakin rapat. Oleh kerana, kami berdua masih bujang, aku dan dia sering kali keluar bersama pada hujung minggu.

************************************************************************************************************
Masa berlalu begitu pantas. Kini telah tiga bulan kami berdua rapat. Hari minggu sudah tentu kami bertemu.

“irah, aku nak tanya kau sesuatu boleh?” matanya memandang mukaku membuat aku jadi tidak selesa.

“Tanya apa? Macam serius je ni”

“tapi ko jawab jujur ye. Ape pendapat ko tentang aku??”

“Bagi aku ko seorang yang baik, handsome, yang paling penting sekali ko kawan aku dunia akhirat” jawab aku selamba. Jawapan aku membuat air muka Amri tetiba berubah muram.

“hurmmm”

“kalau aku suka ko bagaimana? Aku amat menyayangimu.sebenarnya sudah lama aku mencari mu, tapi kini baru aku temui mu” pertanyaannya membuatku tersentak. Selama ini aku tidak pernah memikirkan semua itu.

“Aku tak dapat terima ko. Maafkan aku”

Aku terus bangun hendak berlalu pergi. Amri cuba menarik tanganku, namun aku segera melepaskan tanganku dari gengaman tangannya. Amri menjerit memanggil namaku, namun aku terus berlalu pergi tanpa menoleh dirinya lagi.

“egokah aku kepada Amri kerana menolak cintanya demi impianku itu. Aku nak abang pilot, bukan abang pemandu” aku mengeluh panjang. Keputusan ku muktamad. Aku tetap inginkan abang pilot.

Aku memandang di sekeliling bilikku. Tertampal gambar-gambar kapal terbang, pilot-pilot yang aku sendiri pun tidak kenali. Aku semamangnya terlalu obsess dengan impianku itu.

***********************************************************************************************************
Sedang aku sibuk menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat, aku tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada ibuku menyuruhku segera pulang ke kampung. Katanya ada hal mustahak. kali terakhir aku balik kampung empat bulan yang lalu. Berbagai persoalan bermain di mindaku. Apakah hal mustahak yang ibuku hendak bagitahuku sehingga menyuruh ku segera pulang. Adakah ibuku sakit? Aku sendiri sudah lama tidak bertanya khabar dan menelefon ibuku.

Petang itu juga setelah habis kerja aku terus pulang ke kampung. Setibanya dia kampung, aku melihat kereta abang long ku juga ada di parkir. Perasaan cemas tiba-tiba menyelubungi diriku. Kepulangan  kali ini membawa berita yang sangat mengejutkan aku. Hampir pengsan aku di buatnya.

“mak, tolak la pinangan dia, saya tak nak lah kahwin lagi buat masa sekarang”

“kau jangan nak jadibodoh. Sampai bila ko nak membujang. Orang lain semua da bersuami. Elok-elok orang da masuk meminang, ko nak tolak plak” bebelan ibuku membuatkan keadaan semakin dingin.

Campur tangan oleh abang long ku membuatkan keadaan semakin tegang. Ini membuatkan aku bertambah berang.

“saya tak kira mak. Saya tak nak kahwin.. saya tak nak kahwin. Kalau mak nak sangat, mak aje lah kahwin dengan dia” aku terus membantah dan terus masuk bilik. Aku menghempas pintu dengan sekuat hati tanda protes. Ini soal hidup dan matiku. Aku tidak suka orang lain yang menentukannya.

“kau setuju ke tak ke, mak tak kira, kau mesti kahwin juga dengan dia” mak aku menjerit dari luar.

Amri sedikit pun tidak memberitahu aku yang dia bawa rombongan meminang aku. Setelah kami bergaduh tempoh hari, aku tidak menemuinya lagi. Dia ada juga menghubungiku namun panggilannya tidak pernah ku jawab.

“hahaha. Ni abang pilot yang kau impikan selama ini. Abang pilot ke abang pemandu datuk? Hahaha..” aku terbayangkan Anisah akan mentertawakan aku jika dia tahu akan hal ini.

Aku tidak boleh membiarkan semua ini terjadi. Buah kemarahanku semakin memuncak atas perbuatan Amri. Tambahan pula dengan amaran ibuku yang menyuruhku menerima pinangan Amri membuatku semakin berang.

Aku segera menelefon Amri. Aku perlu ketemu dengannya sebelum terlambat. Aku perlu selesaikan semua ini dengan segera. Setelah membuat temujanji, aku terus memutuskan talian. Aku tidak ingin mendengar suaranya. Aku terlalu bencikan akan Amri.

Jika ibuku terus mendesak, sanggupkah aku menerima Amri? Sanggupkah aku mengorbankan impianku sedari kecil lagi? Sanggupkah aku di tertawa oleh Anisah?

Seperti hari yang di janjikan, aku pergi menemui Amri. Aku kelewatan tiba di sana 15 minit lebih berikutan jalan yang sesak kerana ada kemalangan jalan raya. Namun Amri tidak ada di situ. Puas aku menunggu ketibaannya, Amri masih tidak muncul-muncul juga.

“Adakah Amri telah datang dan pulang kerana aku lewat sampai.. hurmm.. tak mengapalah.. aku tunggu lagi setengah jam.. kalau dia tak sampai lagi.. aku balik je la..”

Berbagai-bagai kenangan antara aku dan Amri bermain-main di fikiranku. Ketika kami kecil sehingga lah sekarang. Pernah satu ketika aku tumpahkan bekal nasi yang Amri bawa. Tanpa rasa bersalah, aku tidak sedikit pun meminta maaf kepadanya. Aku tidak juga menawarkan bekal yang aku bawa. Amri hanya memandang lesu melihat aku makan dengan berselera dengan teman-teman yang lain. Suhana yang telah menawarkan Amri makan bersamanya. Aku sememangnya tahu Suhana memang meminati Amri.Suhana sekarang telah pun berkahwin, tetapi tak pula dengan Amri.

Tetiba lagu di handphone ku berdendangan menandakan ada panggilan masuk. Panggilan itu dari nombor Amri.

“Ni Cik Zairah ke?” kedengaran suara lelaki di hujung talian.
“ya, ni saya. Siapa yang bercakap di sana?” perasaan bimbang mula menyelubungi diriku. Kenapa orang itu menghubungiku menggunakan telefon bimbit Amri. Amri juga masih tidak muncul-muncul sehinga kini.

 “saya ada berita nak di sampaikan tentang Amri” aku semakin cemas.

“Saya berharap Cik boleh bersabar. Amri tadi terbabit dalam kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Sultanah Aminah” berita yang di sampaikan itu membuat aku tersangat terkejut.

Tanpa banyak bicara aku terus mematikan talian. Segera aku memecutkan kereta ke hospital. Aku
ingin segara melihat keadaan Amri. Perasaan bersalah menyelubungi diriku. Apakah mungkin kerana aku terlalu berkasar menyebabkan emosi Amri terganggu dan dia terbabit dalam kemalangan? Apakah keadaan Amri sekarang? Teruk kah dia? Atau? Ya Tuhan, jauhkanlah segala yang buruk berlaku kepada Amri.

Setibanya aku di sana, Amri masih di bilik rawatan. Aku masih belum dibenarkan untuk melihat keadaannya. Sudah 2 jam lebih aku menunggu Amri di keluarkan. Doktor yang merawat Amri juga masih tidak keluar. Aku semakin bimbang akan keadaan Amri.

Seorang doctor yang merawat Amri sudah keluar. Segera aku mendapatkan doctor tersebut untuk bertanya akan keadaan Amri. Mujurlah Amri hanya patah kaki. Syukurlah keadaannya terkawal dan tidak parah. Setelah Amri di bawa keluar dan di tempatkan di wad, aku segera pergi menjenguk keadaannya. Tidak ada seorang pun ahli keluarga Amri ketika itu. Mungkin mereka belum sampai.

“maafkan aku kerana aku menghantar rombongan meminang tanpa memberitahu kau. Aku...” Amri bercakap antara dengar dan tidak.

“tak usahlah kau bercakap tentang semua itu sekarang. Kau perlu banyak berehat.” Aku mematikan kata-kata Amri.

“Assalamualaikum” tetiba suara memberi salam mengejutkan kami berdua. Aku memalingkan muka ke arah muka pintu.

Terlihat beberapa orang berjaket hitam dan ada seorang daripada mereka menggalas kamera di bahu. Di sebelah mereka berdiri seorang pemuda yang segak berpakaian seperti pilot. Amri menyambut tangan yang di hulurkan lelaki yang berpakaian pilot. Mereka sangat mesra seperti telah lama kenal. Diriku tertanya-tanya siapakah mereka.

“kami wartawan dari Berita Harian ingin membuat liputan tentang kemalangan yang berlaku ke atas  Kapten Amri” salah seorang pemuda yang berjaket hitam memberitahu tujuan mereka ke sini.

Baru kini aku tahu yang sebenarnya Amri adalah seorang pilot. Bukan pemandu kereta yang selama ini aku fikirkan. Aku sendiri tidak pernah bertanya Amri apa yang dipandu olehnya.  Aku hanya membatu mendiamkan diri di satu sudut sambil melihat Amri rancak ditemuramah oleh  wartawan. Malu tidak tertahan olehku. Sesekali Amri memaling muka ke arahku. Namun dia lebih mesra berbual dengan tetamu itu seperti aku tidak wujud di situ.

“saya ada suatu berita untuk di umumkan.” Amri tiba-tiba bersuara dan jelas kedengaran oleh kedua-dua telingaku. Semua mereka terpegum menantikan apa yang bakal di umumkan oleh Amri termasuk diriku.

“irah. Ke sini kejap” amri memanggilku kearahnya. Jantungku mula berdengup kencang.

“sebenarnya apa yang saya nak umumkan ni ada kaitan dengan soal kehidupan saya. Saya ingin kamu semua menjadi saksi atas sebuah perhubungan yang bakal terbina. Irah, sudikah kamu menjadi suri di taman hati ini”

Aku kaku. Hanya linangan air mata membasahi pipiku. Amri menghulurkan sebentuk cincin kepada ku. Hadirin bersorak bertepuk tangan. Ada suara yang menyuruh aku menerima Amri. Aku masih kaku tanpa sebarang kata.

Aku mahu lari sejauhnya dari ruangan ini. Aku terlalu malu kepada Amri. Kerana keegoanku, aku telah menolak pinangan Amri sebelum ini. Aku melangkah selaju-lajunya agar aku segera berada jauh dari sini.

Selangkah lagi aku akan keluar dari wad ini, langkahku terhenti. Tanganku di pegang oleh seorang wanita.  Wajahnya telah berusia sebaya ibuku. Dia tersenyum memandangku. Setelah ku amati, dia ada lah ibu Amri. Aku pernah menemuinya ketika dia menghantar Amri ke sekolah.

“terimalah Amri.” Hanya dua patah perkataan yang terkeluar dari mulutnya. Semakin banyak air mata ku jatuh.

Dia memimpin tanganku kearah Amri. Aku pula mengikuti langkahnya tanpa memberontak. Selepas itu, ibunya dan semua hadirin yang lain keluar. Sekarang hanya aku dan Amri sahaja yang berada di ruangan wad di bilik itu.

“aku malu” hanya itu yang mampu ku luahkan kepada Amri. Air mataku mengalir laju.

************************************************************************************************************
Kini telah 2 minggu aku dan Amri bernikah.  Amri pernah memberitahu ku yang dia telah meminati aku sejak kecil lagi. Oleh kerana aku menyimpan impian untuk berkahwin dengan pilot, Amri telah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pilot agar dia dapat mengahwiniku.


“sayang abang macam mana sekarang, dapat ke kahwin dengan abang pilot. Abang ni pemandu kereta biasa je” amri menjeling kearah ku. Terukir senyuman di bibirnya.

Aku tertunduk menahan kata-kata pedas suamiku itu. Aku cubit lengannya tanda marah. Amri hanya tergelak melihat telatahku.

“sayang nanti nak honeymoon kat mana?” amri bertanya ku.

“sayang nak gi London. Sayang nak tengok menara condong yang jadi kemegahan tu” aku merengek manja.

Sebetulnya, selepas kami berkahwin, kami tidak pernah lagi berbulan madu. Selepas sahaja dua hari akad nikah dan bersanding, Amri memulakan kerjanya. Seminggu dia di Australia dan baru semalam dia pulang. Nasib aku lah baru sahaja bernikah dah di tinggalkan suami. Semua kerana abang pilot yang aku impi-impikan itu.

“anisah, sekarang kau tak boleh nak kenakan aku lagi. Aku dah dapat abang pilot” itulah kata-kata yang akan aku keluarkan jika terjumpa Anisah. Anisah tidak dapat datang semasa kenduriku kerana mengikuti suaminya bertugas diluar negeri. Aku tersenyum puas.

*************************************************TAMAT**************************************************

Thursday, 3 May 2012

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


  • 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 
    2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
    3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 
    4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
    5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 
    6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
    7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 
    8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 
    9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 
    10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
    InsyaAllah aku kan cuba menghafal semua surah-surah ini..Moga Allah memberi ingatan yang kuat buatku.. Amin..

Thursday, 26 April 2012

TANDA TANDA KEMATIAN




Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU DI KALANGAN HAMBAMU YANG LEMAH, LALAI MENUNAIKAN JANJIKU KEPADA MU, NIKMAT DUNIA MEMBUATKAN AKU ALPA YANG ENGKAU ADALAH PEMILIKKU DAN SUATU HARI NANTI AKU AKAN KEMBALI KEPADAMU.. YA ALLAH, KAU JADIKAN LAH AKU DI KALANGAN HAMBA MU YANG BERSYUKUR, TABAH MENGHADAPI SEGALA CABARAN DAN DUGAAN.. YA ALLAH, KAU TEGUHKAN LAH HATI HAMBAMU INI PADA JALAN KEREDAAN MU.. YA ALLAH, KAU JAGALAH HATI HAMBA MU INI DARI GODAAN SYAITAN YANG MENYESATKAN.. YA ALLAH, KAU PELIHARAILAH MEREKA MEREKA YANG MENJADI KECINTAAN BUATKU.. IBU BAPA, KELUARGA, GURU-GURU KU DAN SAHABAT YANG TELAH BANYAK BERSUSAH PAYAH KERANAKU.. KAU PELIHARAI LAH JODOHKU SEBAIKNYA SUPAYA KELAK DIA DAPAT MENDIDIK AKU MENUJU KE JALANMU.. JADIKANLAH DIA DARI KALANGAN HAMBAMU YANG SOLEH, YANG BOLEH MENJADI PEMIMPIN KELUARGAKU KELAK.. YA ALLAH, KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KU, DOSA-DOSA KEDUA DUA IBUBAPAKU, KELUARGA, SAHABAT-SAHABATKU DAN ARWAH AZHAR.. TEMPATKANLAH MEREKA-MEREKA YANG TELAH KAU AMBIL NYAWANYA DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN SEBARIS DENGAN PARA SYUHADA'.. YA ALLAH, KIRANYA HARI INI HARI TERAKHIR AKU DI MUKA BUMI-MU INI, KAU MATIKANLAH AKU DENGAN PENUH KEIMANAN KEPADAMU.. JANGAN LAH KAU CABUT NYAWAKU DI SAAT AKU ALPA KEPADAMU YA ALLAH.. AMIN..